Rumusan
Disyorkan untuk pedagang forex dan CFD yang mencari platform dagangan MetaTrader dan mahu membuka akaun dengan mudah.
78.04% daripada akaun pedagang runcit kehilangan wang apabila berdagang dengan laman ini
XM merupakan broker dalam talian yang merupakan anak syarikat Trading Point Holding, sebuah broker CFD dan FX antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 2009.
XM menawarkan perkhidmatan di seluruh dunia dan dikawal selia oleh tiga pihak berkuasa kewangan: Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC), Australian Securities and Investments Commission (ASIC), dan International Financial Service Commission of Belize (IIFSC).
Penafian: CFD merupakan sesuatu yang rumit yang mempunyai risiko kerugian wang yang tinggi disebabkan faktor tawar-menawar. 78.04% daripada akaun dagangan runcit mengalami kerugian wang dalam perdagangan CFD menerusi pengeluar ini. Anda perlu meneliti sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan jika anda mampu mengambil risiko kerugian wang yang tinggi.
Kelebihan dan kekurangan XM
XM mengenakan yuran saham CFD dan pengeluaran yang rendah. Membuka akaun adalah mesra penguna dan pantas. Anda boleh gunakan pelbagai bahan pendidikan, seperti seminar dalam talian dan akaun contoh.
Namun begitu, XM menawarkan produk terhad yang berpandu kepada CFD dan forex. Yuran yang dikenakan bagi forex dan kedudukan saham CFD adalah sederhana, dan XM tidak mempunyai perlindungan pelabur untuk pelanggan di luar EU.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Yuran saham CFD dan pengeluaran rendah | • Produk terhad |
• Membuka akaun dengan pantas dan mudah | • Yuran forex dan kedudukan saham CFD sederhana |
• Bahan pendidikan mengagumkan | • Tiada perlindungan pelabur untuk pelanggan luar EU. |
🗺️ Negara regulasi | Cyprus, Australia, Belize, Emiriyah Arab Bersatu |
💰 Kelas yuran perdagangan | Rendah |
💰 Yuran ketidakaktifan | Ada |
💰 Yuran pengeluaran wang | $0 |
💰 Deposit minima | $5 |
🕖 Tempoh pembukaan akaun | 1 hari |
💳 Pendepositan dengan kad bank | Ada |
👛 Pendepositan dengan e-wallet | Ada |
💱 Jumlah matawang asas yang tersokong | 11 |
🎮 Akaun demo | Ada |
🛍️ Produk yang ditawarkan | Forex, CFD, Real stocks for clients under Belize (IFSC) |
78.04% daripada akaun pedagang runcit kehilangan wang apabila berdagang dengan laman ini
Ulasan XM
Imbuhan
or
Yuran dagang XM bagi CFD adalah rendah dan tiada yuran pengeluaran yang dikenakan. Yuran forex dan kedudukan saham pula adalah sederhana dan broker ini mengenakan yuran tak aktif.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Tiada yuran pengeluaran | • Yuran tak aktif |
• Yuran saham CFD rendah | • Yuran FX sederhana |
Cara kami tentukan kedudukan yuran
Kami menentukan kedudukan yuran XM sebagai rendah, sederhana, dan tinggi berdasarkan perbandingan dengan semua broker yang telah diulas.
Perkara pertama yang perlu diketahui adalah asas berkaitan yuran broker, yakni yuran dagang dan yuran bukan-dagang.
- Yuran dagang adalah bayaran yang dikenakan sewaktu anda berdagang, seperti komisen, kadar penyebaran, kadar kewangan, dan yuran pertukaran.
- Yuran bukan-dagang termasuklah bayaran yang tidak berkaitan secara langsung dengan perdagangan, seperti yuran pengeluaran atau yuran tak aktif.
Dalam bahagian seterusnya, anda akan ketahui yuran paling lazim oleh XM untuk setiap taraf aset. Contohnya, bagi perdagangan forex dan saham, yuran paling penting adalah kadar penyebaran, komisen, dan kadar kewangan.
Kami juga membandingkan yuran XM dengan dua broker yang paling mirip, yakni FxPro dan FXTM. Pemilihan ini berdasarkan faktor utama seperti produk yang ditawarkan, latar belakang pelanggan, bentuk yuran, dan sebagainya. Dapatkan maklumat lanjut mengenai pesaing terdekat XM.
Perjalanan untuk dapatkan gambaran jelas mengenai XM dimulakan dengan yuran dagang.
Yuran dagang XM
XM mengenakan yuran dagang yang rendah. Terdapat banyak akaun yang ditawarkan oleh XM, dan setiap akaun dikenakan kadar yuran yang berbeza. Akaun Standard, Micro, dan Ultra Low mengenakan kadar penyebaran yang tinggi tetapi tidak mengenakan sebarang komisen. Akaun XM Zero mengenakan kadar penyebaran rendah, tetapi ada komisen yang perlu dibayar. Berikut adalah hitungan yang dilakukan menggunakan akaun Standard.
Membandingkan yuran perdagangan broker CFD bukanlah perkara yang mudah. Jadi, bagaimana kami melakukan perbandingan yang jelas? Kami melakukan perbandingan dengan menghitung semua yuran perdagangan lazim bagi produk tertentu.
Untuk itu, kami telah memilih perkara yang paling dikenali menerusi setiap taraf aset:
- Ukuran saham CFD: SPX dan EUSTX50
- Saham CFD: Apple dan Vodafone
- Forex: EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, EURCHF, dan EURGBP
Biasanya, proses perdagangan bermula dengan membeli kedudukan yang ditawarkan, lalu memilikinya selama satu minggu, dan menjualnya semula. Untuk jumlah tersebut, kami telah memilih kedudukan $2,000 bagi kedudukan saham dan saham CFD. Bagi jual beli forex pula, kami telah memilih kedudukan $20,000. Jual beli yang kami gunakan adalah:
- 20:1 untuk ukuran saham CFD
- 5:1 untuk saham CFD
- 30:1 untuk forex
Ini merupakan penanda aras yuran menyeluruh yang merangkumi kadar penyebaran, komisen, dan kos kewangan untuk semua broker.
Ini yang boleh kami simpulkan mengenai yuran XM.
Yuran CFD
XM mempunyai stok CFD yang rendah manakala yuran indeks stok CFDnya adalah sederhana.
XM | FxPro | FXTM | |
---|---|---|---|
Yuran indeks CFD S&P 500 | $1.7 | $2.7 | $2.2 |
Yuran indeks CFD Eropah 50 | $2.4 | $2.6 | $2.4 |
Yuran CFD Apple | $6.4 | $11.4 | $36.5 |
Yuran CFD Vodafone | $1.2 | $33.8 | - |
Yuran Forex
Yuran forex XM adalah di kadar sederhana jika dibandingkan dengan pesaingnya.
XM | FxPro | FXTM | |
---|---|---|---|
Penanda aras yuran EURUSD |
$9.5 | $8.8 | $8.2 |
Penanda aras yuran GBPUSD |
$8.1 | $7.5 | $7.4 |
Penanda aras yuran AUDUSD |
$10.4 | $12.5 | $7.0 |
Penanda aras yuran EURCHF |
$9.6 | $7.5 | $5.5 |
Penanda aras yuran EURGBP |
$10.6 | $10.1 | $9.7 |
Yuran saham sebenar
Para pelanggan di bawah IFSC juga boleh memperdagangkan saham sebenar menggunakan Shares Account.
XM | FxPro | FXTM | |
---|---|---|---|
Saham US |
$1.0 | - | - |
Saham UK |
$9.0 | - | - |
Saham German |
$5.0 | - | - |
Komisen dikenakan secara berperingkat dengan yuran minima.
Pasaran saham | Komisyen | Komisyen Minima |
---|---|---|
AS | $0.04 setiap saham | $1 |
UK | 0.10% | $9 |
Jerman | 0.10% | $5 |
Yuran bukan-dagang
Kadar yuran bukan-dagang XM adalah pada tahap sederhana. Ini kerana XM tidak mengenakan yuran akaun dan yuran pengeluaran kecuali pengeluaran bank di bawah $200, di mana yuran sebanyak $15 akan dikenakan.
Yuran penyelenggaraan sebanyak $15 dikenakan selepas akaun tidak aktif selama 1 tahun, diikuti yuran bulanan $5 jika akaun tidak diaktifkan.
XM | FxPro | FXTM | |
---|---|---|---|
Yuran akaun |
Tidak |
Tidak |
Tidak |
Yuran tak aktif |
Ya |
Ya |
ya |
Yuran deposit |
$0 |
$0 |
$0 |
Yuran pengeluaran |
$0 |
$0 |
$3 |
Ulasan XM
Pembukaan akaun
or
Membuka akaun dengan XM adalah mudah dan ringkas. Anda boleh terus menggunakan akaun anda pada hari yang sama.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Pantas | • Tiada |
• Sepenuhnya digital | |
• Deposit minima rendah |
Boleh saya membuka akaun?
XM menerima pelanggan dari seluruh dunia. Namun begitu, anda tidak boleh buka akaun XM jika anda berada di USA, Canada, China, Jepun, New Zealand, atau Israel.
Berapa deposit minima untuk buka akaun XM?
Deposit minina yang diperlukan untuk buka akaun Standard dan Micro adalah $5, satu jumlah yang boleh dikatakan rendah. Manakala bagi akaun XM Zero pula, deposit minima yang diperlukan untuk buka akaun tersebut adalah $100 dan $50 untuk akaun XM Ulta Low.
Account types
XM offers many account types, which differ in pricing, base currencies, minimum deposit and contract size.
Micro | Standard | XM Zero | XM Ultra Low | Shares Account | |
---|---|---|---|---|---|
Negara pelanggan |
EEA Australia dan lain-lain |
EEA Australia dan lain-lain |
EAA |
Australia dan lain-lain |
Selain EEA dan Australia |
Harga |
Tiada komisen, tapi kadar sebaran tinggi |
Tiada komisen, tapi kadar sebaran tinggi |
Ada komisen, tapi kadar sebaran amat rendah |
Tiada komisen dan kadar sebaran rendah |
Kadar sebaran dan komisen pasaran |
Mata wang dasar |
USD, EUR, GBP, JPY, CHF, AUD, HUF, PLN, RUB, SGD, ZAR |
USD, EUR, GBP, JPY, CHF, AUD, HUF, PLN, RUB, SGD, ZAR |
EUR, USD, JPY |
EUR, USD, GBP, AUD, ZAR, SGD |
USD |
Deposit minima |
$5 |
$5 |
$100 |
$50 |
$10,000 |
Saiz perjanjian |
1 Lot = 1,000 |
1 Lot = 100,000 |
1 Lot = 100,000 |
Standard Ultra: 1 Lot = 100,000 Micro ultra: 1 Lot= 1,000 |
1 share |
XM juga menawarkan akaun Islamik dan pertukaran-bebas. Dengan akaun Islamik, komisen dasar dikenakan jika anda menyimpan kedudukan tawaran semalaman berbanding kadar wang berdasarkan peratusan.
Tetapi, XM tidak menawarkan akaun korporat. Jika anda mendaftar untuk pihak yang bukan dari Eropah, anda tidak dapat menikmati pelindungan khas sepertimana pelanggan Eropah.
Cara membuka akaun
Proses membuka akaun XM adalah sepenuhnya digital, pantas, dan ringkas. Anda boleh melengkapkan boring permohonan dalam talian selama 20 minit dan akaun akan disahkan pada hari yang sama. Anda juga boleh pilih bahasa selain daripada Inggeris:
Arab |
Bengali |
Cina |
Czech |
Denmark |
Filipino |
Perancis |
German |
Greek |
Hungrari |
Indonesia |
Itali |
Korea |
Melay |
Poland |
Portugis |
Rusia |
Sepanyol |
Sweden |
Thai |
Vietnam |
Berikut adalah langkah-langkah untuk buka akaun XM:
- Masukkan nama, negara tempat tinggal, emel, dan nombor telefon.
- Pilih landasan dagang (MT4 atau MT5) dan jenis akaun.
- Isi maklumat peribadi, seperti tarikh lahir dan alamat.
- Pilih mata wang dasar dan saiz tawaran.
- Kongsikan maklumat kewangan dan jawab soalan berkaitan pengetahuan kewangan.
- Sahkan pengenalan dan tempat tinggal. Anda perlu muat naik salinan kad pengenalan kebangsaan, pasport, atau lesen memandu. Bil ulititi dan penyata bank juga perlu dimuat naik sebagai bukti tempat tinggal.
Ulasan XM
Deposit dan pengeluaran
or
Proses deposit dan pengeluaran XM adalah pantas dan berpatutan. XM turut menawarkan beberapa pilihan mengikut kesesuaian.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Boleh menggunakan kad kredit/debit | • Tiada |
• Beberapa mata wang dasar | |
• Pengeluaran percuma bagi $200 ke atas |
Mata wang dasar akaun
Dengan XM, anda boleh memilih 11 mata wang dasar seperti:
EUR |
USD |
GBP |
CHF |
JPY |
AUD |
RUB |
PLN |
HUF |
ZAR |
SGD |
XM | FxPro | FXTM | |
---|---|---|---|
Nombor mata wang dasar | 11 | 8 | 4 |
Mengapa perkara ini penting? Untuk dua perkara. Jika mata wang dalam akaun anda adalah sama dengan mata wang akaun bank, atau, jika anda perdagangkan aset menggunakan mata wang yang sama dengan mata wang dasar akaun, anda tidak perlu membayar yuran pertukaran.
Cara mudah untuk mengelakkan yuran pertukaran adalah dengan mambuka akaun mata wang pelbagai dengan bank digital. Bank digital menawarkan akaun bank dalam pelbagai mata wang di samping kadar pertukaran mata wang yang rendah atau kadar pindahan bank antarabangsa yang rendah. Pembukaan akaun bank digital cuma mengambil masa beberapa minit sahaja menggunakan telefon bimbit anda.
Yuran deposit dan lain-lain kaedah
XM tidak mengenakan sebarang yuran deposit. Anda boleh gunakan kaedah pindahan bank dan kad kredit/debit untuk mendeposit wang. Pelanggan di bawah IFSC boleh melakukan deposit menggunakan dompet maya SticPay.
XM | FxPro | FXTM | |
---|---|---|---|
Pindahan bank |
Yes | Yes | Yes |
Kad debit/kredit |
Yes | Yes | Yes |
Dompet maya |
Yes | Yes | Yes |
Pindahan bank boleh mengambil masa beberapa hari, sementara bayaran kad kredit/debit adalah segera.
Anda cuma boleh mendeposit wang daripada akaun di bawah nama anda.
Yuran pengeluaran XM dan lain-lain kaedah
XM tidak mengenakan yuran pengeluaran, kecuali pindahan bank di bawah $200 yang akan dikenakan yuran sebanyak $15.
XM | FxPro | FXTM | |
---|---|---|---|
Pindahan bank |
Yes | Yes | Yes |
Kad debit/kredit |
Yes | Yes | Yes |
Dompet maya |
Yes | Yes | Yes |
Yuran pengeluaran |
$0 | $0 | $3 |
Jika anda menggunakan kad kredit/debit atau dompet maya (Skrill, Neteller), jumlah pengeluaran tidak boleh melebihi jumlah deposit. Ini bermaksud anda hanya boleh keluarkan keuntungan dagang menerusi pindahan bank.
Berapa lama waktu yang diambil untuk keluarkan wang dari XM? Ujian kami mendapati yang pengeluaran wang menerusi kad debit mengambil masa 2 hari bekerja.
Anda hanya boleh keluarkan wang ke akaun di bawah nama anda.
Bagaimana caranya untuk keluarkan wang dari XM?
- Daftar masuk akaun
- Pergi ke ‘Withdraw Funds’
- Pilih kaedah pengeluaran
- Masukkan jumlah pengeluaran
Ulasan XM
Landasan dagangan web
or
Landasan dagangan web XM diteraju oleh MetaTrader. Landasan ini boleh diubah mengikut kesesuaian dan mempunyai laporan yuran yang jelas. Namun begitu, kekurangan landasan ini adalah dari segi pemberitahuan harga dan reka bentuk yang agak lapuk.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Laporan yuran jelas | • Tiada kaedah daftar masuk dua-langkah (lebih selamat) |
• Boleh diubah (untuk carta, ruang kerja) | • Tiada pemberitahuan harga |
• Pengesahan pesanan | • Reka bentuk lapuk |
Platform perdagangan | Skor | Ada |
---|---|---|
Web | 2.8 stars | Ya |
Mudah alih | 3.8 stars | Ya |
Desktop | 3.4 stars | Ya |
XM tidak mempunyai landasan dagangan sendiri dan menggunakan landasan pihak ketiga yakni MetaTrader 4 dan MetaTrader 5. Landasan ini mempunyai fungsi dan reka bentuk yang lebih kurang sama. Perbezaannya adalah MetaTrader 4 tidak mempunyai fungsi dagang saham CFD.
Kami telah menguji landasan MetaTrader 4 kerana landasan ini digunakan dengan lebih meluas.
MetaTrader 4 mempunyai pilihan bahasa yang sangat banyak.
Pilihan bahasa laman dagangan web XM | |||||
---|---|---|---|---|---|
Arabic |
Bulgaria |
Cina |
Croatia |
Czech |
Denmark |
Belanda |
Inggeris |
Estonia |
Finland |
Perancis |
German |
Greek |
Hebrew |
Hindi |
Hungary |
Indonesia |
Itali |
Jepun |
Korea |
Latvia |
Lithuania |
Melayu |
Mongolia |
Parsi |
Poland |
Portugis |
Romania |
Rusia |
Serbia |
Slovak |
Slovenia |
Sepanyol |
Sweden |
Tajik |
Thai |
Cina Tradisional |
Turki |
Ukraine |
Uzbek |
Vietnam |
Rupa dan rasa
Landasan dagang web XM boleh diubah mengikut kesesuaian kerana anda boleh ubah saiz dan kedudukan dengan mudah.
Tetapi, landasan ini agak lapuk dan sesetengah fungsi agak sukar untuk dicari. Contohnya, kami perlu mengambil masa yang lama untuk menambah aset ke senarai pantau.
Daftar masuk dan keselamatan
Pengguna laman web perlu melakukan pengesahan dua langkah untuk daftar masuk bagi melakukan deposit dan pengeluaran. Tetapi, pengesahan ini tidak dilakukan di laman dagang.
Fungsi carian
Fungsi ini adalah memuaskan. Anda boleh cari aset yang dihimpun kepada beberapa kumpulan. Namun begitu, kami terlepas fungsi carian biasa dimana anda boleh mencari nama aset dengan sendiri.
Membuat pesanan
Anda boleh menggunakan semua fungsi jenis pesanan asas. Tetapi, anda tidak akan menjumpai jenis pesanan yang lebih canggih seperti ‘pembatalan-satu-dan-semua’. Berikut adalah jenis pesanan:
- Pasaran
- Had
- Henti
- Ikut Henti
Hanya Metatrader 4 mempunyai jenis pasaran Ikut Henti.
Untuk memahami jenis pasaran dengan lebih mendalam, baca gambaran mengenainya di sini.
Terdapat juga had masa pesanan yang anda boleh guna:
- Terus hingga batal (THB)
- Terus hingga masa (THM)
Pemberitahuan
Landasan dagang web XM tidak mempunyai fungsi pemberitahuan. Fungsi ini hanya boleh digunakan di landasan dagang komputer.
Portfolio dan laporan yuran
XM mempunyai portfolio dan laporan yuran yang jelas. Anda boleh lihat baki untung-rugi anda dan komisen yang telah dibayar. Laporan ini berada di bawah ‘History’. Kami tidak jumpa cara untuk muat turun laporan ini.
Ulasan XM
Landasan dagangan mudah alih
or
XM menawarkan platform dagangan mobile MetaTrader 4. Tiada log masuk secara Touch atau Face ID.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Mesra pengguna | • Tiada sistem log masuk dua langkah (lebih selamat) |
• Ciri carian bagus | • Tiada log masuk secara Touch atau Face ID |
• Notifikasi harga |
XM menawarkan platform dagangan mobile MetaTrader 4 dan MetaTrader 5. Tidak ubah seperti platform dagangan webnya, kami menguji platform dagangan mobile MetaTrader 4 mereka menggunakan sistem Android.
Setelah memuat turun platform dagangan mobile MT4, anda perlulah mengakses pelayan XM yang tepat.
Sepertimana platform dagangan webnya, anda boleh memilih pelbagai pilihan bahasa pada platform mobile juga. Proses mengubah bahasa pilihan menerusi peranti Android adalah sedikit kompleks. Ini kerana anda hanya boleh menukar bahasa dengan menukar pilihan bahasa asas peranti anda.
Pilihan bahasa platform dagangan mobile XM | ||||
---|---|---|---|---|
Arab | Cina (Ringkas) | Cina (Tradisional) | Czech | Inggeris |
Perancis | Jerman | Greek | Hindi | Bahasa Indonesia |
Itali | Jepun | Korea | Poland | Portugis |
Portugis (Brazil) | Russia | Sepanyol | Thai | Turki |
Ukraine | Vietnam |
Susun atur
XM mempunyai sistem dagangan mobile yang bagus. Kami sangat tertarik dengan reka bentuknya yang mesra pengguna. Adalah sangat mudah untuk mencari semua ciri yang ditawarkan di platform ini.
Log masuk dan sekuriti
XM hanya memerlukan log masuk satu langkah untuk mengakses akaun dagangan anda. Walaubagaimanapun, ciri deposit dan pengeluaran memerlukan log masuk dua langkah. Log masuk dua langkah secara menyeluruh pada platform ini mungkin lebih baik.
Anda tidak boleh menggunakan pengesahan secara Face ID ataupun menggunakan cap jari. Namun, kedua ciri ini akan memudahkan proses log masuk.
Fungsi carian
Fungsi cariannya bagus. Anda boleh melakukan carian dengan menaip nama produk ataupun melayari fail kategori yang betul.
Membuat pesanan
Anda boleh menggunakan jenis dan masa pesanan serta had waktu pesanan yang sama dengan platform dagangan web.
Pemberitahuan dan notifikasi
Anda boleh menetapkan pemberitahuan dan notifikasi pada telefon pintar anda. Namun, ini perlulah dilakukan melalui platform dagangan desktop. Akan lebih memudahkan pengguna sekiranya ciri ini juda diperkenalkan pada platform dagangan mobile juga.
Ulasan XM
Landasan dagangan web komputer
or
Dari segi fungsi dan reka bentuk, landasan komputer XM MetaTrader 4 lebih kurang sama dengan landasan dagangan web. Perbezaan ketara adalah anda boleh tetapkan pemberitahuan harga.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Laporan yuran jelas | • Tiada kaedah daftar masuk dua-langkah (lebih selamat) |
• Boleh diubah (untuk carta, ruang kerja) | • Reka bentuk lapuk |
• Pemberitahuan harga | • Fungsi carian boleh diperbaiki |
Untuk perdagangan komputer, anda boleh gunakan landasan MetaTrader 4 dan 5. Tapi untuk ulasan ini, kami gunakan MetaTrader 4.
Landasan dagang komputer mempunyai reka bentuk, pilihan bahasa, jenis pesanan, fungsi carian, portfolio dan laporan yuran yang sama dengan landasan dagangan web.
Landasan dagang komputer tidak mempunyai pengesahan dua langkah; tetapi, pengguna perlu melakukan pengesahan dua langkah sewaktu daftar masuk di laman web untuk melakukan deposit dan pengeluaran.
Perbezaan paling ketara adalah pentapan pemberitahuan di landasan dagangan komputer dalam bentuk paparan dan emel. Penetapan boleh dilakukan dengan memasukkan alaman emel dan ID MetaQuotes (boleh didapatkan di tetapan aplikasi MT4) lalu pergi ke ‘Tools’ diikuti ‘Options’.
Ulasan XM
Pasaran dan produk
or
CFD dan forex ditawarkan untuk semua pelangan, tetapi saham sebenar hanya untuk pelanggan di bawah bidang kuasa IFSC. XM tidak mempunyai pengelasan aset terkemuka, seperti ETF sebenar, bon atau pilihan.
XM merupakan broker CFD dan forex dengan jumlah pasangan mata wang yang tinggi untuk perdagangan. Tetapi, pilihan CFD lebih rendah berbanding segelintir pesaing XM.
Penafian: CFD merupakan sesuatu yang rumit yang mempunyai risiko kerugian wang yang tinggi disebabkan faktor tawar-menawar. 78.04% daripada akaun dagangan runcit mengalami kerugian wang dalam perdagangan CFD menerusi pengeluar ini. Anda perlu meneliti sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan jika anda mampu mengambil risiko kerugian wang yang tinggi.
XM | FxPro | FXTM | |
---|---|---|---|
Pasangan mata wang (#) |
57 | 70 | 62 |
Kedudukan saham CFD (#) |
28 | 36 | 11 |
Saham CFD (#) |
1,240 | 140 | 172 |
CFD Komoditi (#) |
15 | 19 | 3 |
Kripto (#) | - | - | 4 |
Kelemahan produk XM adalah anda tidak boleh tukar tahap tawaran produk. Fungsi menukar tawaran dengan sendiri adalah berguna apabila anda ingin kurangkan risiko sewaktu berdagang. Berhati-hati dengan dagangan forex dan CFD kerana kadar tawaran yang telah ditetapkan mungkin tinggi.
Saham sebenar dan ETF
Pelanggan XM yang berada di bawah bidang kuasa IFSC boleh perdagangkan saham sebenar. Anda hanya boleh memperdagangkan saham sebenar menggunakan Shares Account. Ini merupakan kelebihan ketara berbanding para pesaing.
XM | FxPro | FXTM | |
---|---|---|---|
Pasaran saham (#) | 3 | - | 3 |
Ulasan XM
Kajian
or
XM menawarkan pelbagai alat teknikal dan kelendar ekonomi yang hebat. Tetapi, XM tidak mempunyai data asas untuk aset.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Idea perdagangan | • Tiada data asas |
• Aliran berita berkualiti | |
• Mesra pengguna |
Terdapat dua sumber alat kajian XM:
- Bahagian ‘Research & Education’ di laman web
- Landasan dagangan MetaTrader
Bahagian ‘Research & Education’ agak terhad jika anda pilih bahasa selain Bahasa Inggeris. Contohnya, tiada analisa teknikal dan gambaran keseluruhan untuk laman web selain Bahasa Inggeris. Di laman web Bahasa Inggeris, anda dapat menikmati fungsi istimewa seperti:
- Gambaran Pasaran: rumusan semua berita tentang pasaran
- Kajian XM: laman yang mengandungi analisa, ulasan, dan komen mengenai pergerakan pasaran
- Rumusan Teknikal: koleksi ringkas tentang aktiviti alat dagang mengikut minit, jam, atau hari.
- Fail media digital (podcast)
Ini merupakan fungsi istimewa bahagian kajian XM yang tidak sering dimilki oleh broker lain.
Idea perdagangan
XM offers trading ideas, which are based on technical indicators. To view these, go to 'Research & Education', then click on 'Trade Ideas'.
Data asas
XM tidak menawarkan sebarang data asas.
Carta
Alat carta XM adalah memuaskan. Anda boleh gunakan 31 petunjuk. Alat carta terdapat di landasan dagangan MetaTrader.
Tetapi, reka bentuk agak lapuk dan sesetengah fungsi sukar untuk digunakan. Contohnya, agak sukar untuk membuang petunjuk dari carta.
Suapan berita
Suapan berita dipaparkan di ruangan ‘Markets’ dan ‘News’ di bawah ‘Research & Education’. Berita dikelaskan mengikut jenis produk. Anda juga boleh mancari berita dalam bentuk Video.
XM mempunyai kelendar ekonomi yang menarik. Kami amat menyukainya kerana kelendar tersebut boleh menapis makluat seperti negara, jenis data, dan kepentingan.
Ulasan XM
Khidmat pelanggan
or
Khidmat pelanggan XM adalah pantas dan mempunyai banyak pilihan bahasa. Boleh dihubungi menerusi emel , telefon, dan sembang langsung. Jawapan yang diberikan adalah memuaskan. Talian telefon tidak dapat dihubungi pada hujung minggu.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Talian telefon | • Tiada perkhidmatan 24/7 |
• Sembang langsung | |
• Maklum balas pantas |
XM boleh dihubungi menerusi
- Sembang langsung
- Telefon
- Emel
Maklum balas adalah pantas dan memuaskan.
Khidmat pelanggan sembang langsung memberikan maklum balas pantas pada awalnya. Kepantasan merosot pada apabila ditanya soalan susulan. Ada kalanya kami perlu tanya soalan sama berulang kali untuk mendapatkan jawapan yang sebenar.
Khidmat pelanggan menerusi telefon adalah pantas, tetapi kami tidak dapat jawapan yang memuaskan. Contohnya, kami tidak dapat jawapan yang jelas mengenai cara penghitungan pertukaran. Ada kalanya jawapan tepat, ada kalanya tidak.
Khidmat pelanggan emal adalah bagus. Kami memperoleh jawapan dalam masa sehari sahaja dan semua jawapan memuaskan.
Ulasan XM
Pendidikan
or
XM mempunyai fungsi pendidikan yang amat memuaskan. Anda boleh sesuaikan diri dengan akaun contoh, tonton tutorial landasan dagangan, dan belajar menerusi video serta seminar dalam talian yang berkualiti tinggi.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Akaun contoh | • Tiada |
• Tutorial landasan dagangan | |
• Video pendidikan |
XM memberikan pendidikan menerusi beberapa cara:
- Akaun contoh
- Video tutorial landasan
- Video pendidikan umum
- Seminar dalam talian
Bahagian pendidikan XM lazimnya terdiri daripada video. Anda boleh mempelajari topik yang meluas seperti pengenalan pasaran kewangan, pengurusan wang, strategi perdagangan, dan analisa teknikal. Setiap bab mengandungi beberapa bahagian pembelajaran yang disediakan untuk pengguna XM.
Selain bahan rakaman, mereka turut menawarkan latihan secara bersemuka dan dalam talian.
Buka akaun contoh
78.04% daripada akaun pedagang runcit kehilangan wang apabila berdagang dengan laman ini
Ulasan XM
Keselamatan
or
XM dikawal selia oleh pihak berkuasa kewangan terkemuka seperti ASIC. Tetapi, XM tidak tersenarai dalam mana-mana bursa saham, tidak memaparkan maklumat kewangan.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Perlindungan baki negatif | • Tidak memiliki lesen perbankan |
• Dikawal selia oleh badan terkemuka ASIC | • Tidak disenaraikan dalam bursa saham |
• Maklumat kewangan tidak dipaparkan kepada umum |
Adakah XM dikawal selia?
Ya, eToro dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC), Australian Securities and Investment Commission (ASIC), dan International Financial Services Commission of Belize (IFSC).
XM mempunyai satu lagi entiti sah yakni Trading Point MENA Limited yang dikawal selia oleh Dubai Financial Services Authority (DFSA).
Adakah XM selamat?
Untuk kepastian, kami sarankan anda untuk semak dua perkara:
- bagaimana anda akan dilindungi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini
- latar belakang broker
How you are protected
XM menjalankan operasi menggunakan beberapa subsidi yang akan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan berdasarkan tempat tinggal mereja. Perkara ini penting kerana terdapat perlindungan pedagang dan peraturan berbeza berlandaskan entiti.
Negara pelanggan |
Jumlah perlindungan |
Badan kawan selia |
Badan pengurusan sah |
Negara EEA |
€20,000 |
Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) |
Trading Point of Financial Instrument Ltd. |
Australia |
Tiada perlindungan |
Australian Securities and Investment Commission (ASIC) |
Trading Point of Financial Instrument Pty Ltd. |
Timur Tengah |
Tiada perlindungan |
Dubai Financial Services Authority (DFSA) |
Trading Point MENA Limited |
Lain-lain negara |
Tiada perlindungan |
International Financial Services Commission of Belize (IFSC) |
XM Global Limited |
XM memberikan perlidungan baki negatif kepada pelanggan EU dan di luar EU.
Latar belakang
Syarikat persendirian yang memiliki jenama XM adalah Trading Point Holdings. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2009. Tempoh operasi broker membuktikan kemampuan mereka untuk bertahan dengan krisis kewangan.
Pada masa yang sama, syarikat ini tidak mendedahkan maklumat kewangan dan tidak tersenarai dalam mana-mana bursa saham. Perkara ini yang akan meningkatkan ketelusan.
Ulasan XM
Keputusan
or
XM dikawal selia oleh beberapa pihak berkuasa terkemuka, termasuk ASIC.
Keistimewaan XM adalah yuran pengeluaran dan CFD yang rendah. Proses pembukaan akaun yang mudah dan ringkas. Bahan pendidikan juga banyak dan berkualiti tinggi.
Kelemahan XM pula terletak pada produk yang terhad kepada forex dan CFD sahaja. Yuran forex dan yuran kedudukan saham CFD adalah sederhana, dan pelanggan di luar EU tidak diberikan perlindungan pedagang.
Kami sarankan XM untuk mereka yang berminat dengan CFD dan forex dan menyukai landasan MetaTrader. Anda boleh cuba akaun contoh XM.