Rumusan

Disyorkan untuk pedagang dan pelabur yang mencari pilihan perdagangan pasaran AS tanpa komisyen.

Webull adalah syarikat baru berjenis fintech yang berpusat di AS. Ianya menawarkan perkhidmatan pembrokeran tanpa bayaran atau berdiskaun. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2017 dan dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Perdagangan (SEC) dan Lembaga Pengawalseliaan Industri Kewangan (FINRA).

Webull dianggap selamat kerana pengawalseliaan dan regulasi tahap teratas ini memberikan perlindungan pelaburan sehingga $ 500,000 maksima, termasuk $ 250,000 untuk dagangan wang tunai di bawah skim perlindungan Korporasi Perlindungan Pedagang Sekuriti (SIPC).

Kedudukan keseluruhan
4.4
Imbuhan
4.7
Pembukaan akaun
5.0
Deposit dan pengeluaran
1.9
Landasan dagang
4.7
Pasaran dan produk
1.9
Kajian
3.4
Khidmat pelanggan
0.8
Pendidikan
2.0

Kelebihan dan kekurangan Webull

Webull menawarkan stok AS, ETF dan perdagangan opsyen tanpa komisen serta yuran ketidakaktifan. Pembukaan akaun cukup mudah, pantas, dan digital sepenuhnya. Platformnya tersusun dengan baik, mesra pengguna serta membolehkan pelbagai jenis pesanan dagangan.

Namun, portfolio produk Webull terhad. Ia merangkumi hanya saham AS, ETF dan pilihan. Anda hanya boleh menggunakan pemindahan wang melalui bank untuk tujuan deposit dan pengeluaran. Juga, bantuan khidmat pelanggan mereka sukar dihubungi melalui telefon. Malah, laman ini tidak mempunyai fungsi chat secara langsung.

Kelebihan Kekurangan
Dagangan stok, ETF dan opsyen percuma Portfolio produk terhad
Pembukaan akaun mudah Hanya pemindahan bank diterima untuk deposit dan pengeluaran
Laman dagangan yang bagus Tiada fitur chat secara langsung dan talian telefon sukar dihubungi
Fitur utama dan ciri-ciri istimewa Webull
๐Ÿ—บ๏ธ Negara regulasi AS
๐Ÿ’ฐ Kelas yuran perdagangan Rendah
๐Ÿ’ฐ Yuran ketidakaktifan Tiada
๐Ÿ’ฐ Yuran pengeluaran wang $0
๐Ÿ’ฐ Deposit minima $0
๐Ÿ•– Tempoh pembukaan akaun 1 hari
๐ŸŽฎ Akaun demo Ada
๐Ÿ›๏ธ Produk yang ditawarkan Stock, ETF, Options

Author of this review

Gergely Korpos

Mengenai ulasan ini

Gergely merupakan pengasasas bersama dan CPO Brokerchooser. Sasaran beliau adalah untuk memberikan pengerangan jelas dan terperinci mengenai pelaburan peribadi kepada masyarakat. Gergely mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang pasaran kewangan. Dia telah menyelesaikan ribuan perdagangan sebagai seorang pedagang komoditi dan pengurus portfolio ekuiti.

Gergely Korpos

Pengasas bersama, CPO

Gergely merupakan pengasasas bersama dan CPO Brokerchooser. Sasaran beliau adalah untuk memberikan pengerangan jelas dan terperinci mengenai pelaburan peribadi kepada masyarakat. Gergely mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang pasaran kewangan. Dia telah menyelesaikan ribuan perdagangan sebagai seorang pedagang komoditi dan pengurus portfolio ekuiti.

Semua yang dipaparkan di BrokerChooser adalah berdasarkan data sahih dan maklumat yang tidak memenangkan mana-mana pihak. Kami menggabungkan lebih 10 tahun pengalaman dalam budang kewangan dengan maklum balas pembaca. Maklumat mengenai kaedah kami boleh dibaca di sini.

Ulasan Webull
Imbuhan

4.7
Layari laman web Webull untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai imbuhan dagang dan imbuhan bukan-dagang.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Webull menawarkan perdagangan tanpa komisen untuk saham yang tersenarai di pasaran AS, ETF serta opsyen. Secara keseluruhannya, ia salah satu laman broker dengan yuran terendah. Laman ini tidak mengenakan yuran pengeluaran wang untuk pemindahan ACH dan tiada yuran ketidakaktifan. Walau bagaimanapun, yuran pemindahan wang berkawat cukup tinggi.
Kelebihan Kekurangan
Tiada komisyen (bagi saham, ETF, dan opsyen) Pemindahan wang berkawat tinggi
Pemindahan ACH adalah percuma bagi deposit dan pengeluaran

Bagaimana kami menarafkan jumlah yuran

Kami menarafkan yuran Webull sebagai rendah, sederhana, atau tinggi berdasarkan perbandingan dengan broker lain yang kami ulaskan.

Sebelum itu, mari lihat beberapa istilah penting yang berkaitan dengan yuran broker. Apa yang perlu diberi perhatian adalah yuran perdagangan dan bukan perdagangan.

  • Yuran perdagangan dikenakan apabila ada sebarang perdagangan. Ini termasuk komisyen, taburan, kadar pembiayaan dan kadar pertukaran.
  • Yuran bukan perdagangan merangkumi caj yang tidak berkaitan langsung dengan perdagangan, seperti yuran pengeluaran atau yuran ketidakaktifan.

Di bawah anda akan melihat sejumlah yuran yang relevan kepada Webull untuk setiap kelas aset. Sebagai contoh, dalam pelaburan saham dan stok, yuran terpenting adalah komisen.

Kami juga membandingkan yuran Webull dengan dua broker yang hampir serupa, moomoo dan Robinhood. Pemilihan ini berdasarkan faktor objektif laman seperti produk yang ditawarkan, profil pelanggan, struktur yuran dan lain-lain.

Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan yang jelas tentang Webull, mari lihat dahulu yuran perdagangan.

Yuran perdagangan Webull

Yuran perdagangan Webull adalah rendah. Penjadualan yuran di laman ini cukup jelas dan mudah difahami.

Yuran saham dan ETF

Webull menawarkan dagangan saham dan ETF percuma. Ia mempunyai struktur yuran tanpa komisyen seperti moomoo dan Robinhood.

Komisyen saham dan ETF Webull bagi perdagangan berjumlah $2,000
  Webull moomoo Robinhood
Stok AS $0.0 $0.0 $0.0

Jika anda lebih meminati dagangan stok atau margin, anda boleh melihat yuran margin Webull.

Berniaga secara margin bermaksud anda akan meminjam wang dari broker agar dapat membeli lebih banyak saham berbanding menggunakan jumlah wang tunai yang ada dalam tangan. Namun, ada faedah dikenakan pada jumlah yang dipinjam ini. Kadar faedah inilah yang disebut kadar margin. Kadaran ini biasanya mewakili sejumlah besar kos perdagangan anda.

Kadar margin Webull hampir sama kebanyakan broker AS yang lain tetapi jauh lebih tinggi daripada kadar margin di Robinhood.

Kadar margin tahunan Webull
  Webull moomoo Robinhood
Kadar margin ASD 7.0% 6.8% 2.5%

Kadaran margin ASD di sini berubah mengikut saiz pinjaman margin yang dibuat.

Kadar pembiayaan Webull
Jumlah Debit Kadar
Di bawah $25,000 6.99%
$25,000.01 - $100,000 6.49%
$100,000.01 - $250,000 5.99%
$250,000.01 - $500,000 5.49%
$500,000.01 - $1,000,000 4.99%
$1,000,000.01 - $3,000,000 4.49%
Lebih dari $3,000,000 3.99%

Yuran opsyen

Webull tidak mengenakan komisyen bagi mana-mana produk dagangannya.

Komisen opsyen indeks saham Webull bagi 10 kontrak
  Webull moomoo Robinhood
Opsyen indeks saham AS $0.0 $0.0 $0.0

Yuran bukan perdagangan

Webull mempunyai yuran bukan perdagangan rendah. Ia tidak mengenakan yuran akaun umum ataupun yuran ketidakaktifan.

Tiada yuran deposit atau pengeluaran melalui saluran pemindahan wang ACH. Namun pemindahan wang secara berkawat adalah mahal. Kami mencuba saluran ACH, jadi tidak dikenakan yuran pengeluaran.

Yuran bukan perdagangan Webull
  Webull moomoo Robinhood
Yuran akaun No No No
Yuran ketidakaktifan No No No
Yuran deposit $0 $0 $0
Yuran pengeluaran $0 $0 $0

Yuran pemindahan wang berkawat adalah seperti berikut:

Yuran pemindahan wang berkawat Webull
Jenis pemindahan wang dan arah Yuran transaksi
Deposit domestik AS $8/transaksi
Pengeluaran Deposit domestik AS $25/transaksi
Deposit bukan AS $12.5/transaksi
Pengeluaran bukan AS $45/transaksi

Untuk pemindahan sekuriti daripada akaun anda, anda akan dikenakan yuran $75.

Ulasan Webull
Pembukaan akaun

5.0
Layari laman webWebulluntuk ketahui proses pembukaan akaun.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Pembukaan akaun di Webull adalah mudah, digital sepenuhnya, serta hanya mengambil sehari untuk proses pengesahan akaun. Namun, Webull hanya disediakan buat pengguna di beberapa negara pilihan, contohnya AS.
Kelebihan Kekurangan
Pantas Dikhaskan untuk penduduk AS
Digital sepenuhnya
Tidak mempunyai kadar deposit minima

Boleh saya membuka akaun?

Lawati broker

Webull hanya menerima pelanggan dari beberapa negara, terutamanya AS. Berdasarkan pengalaman kami, senarai negara ini akan berubah dari masa ke semasa. Ketika ulasan ini ditulis, negara-negara yang diterima termasuklah AS, India, Brazil, Turki, Filipina, Malaysia, Jepun, China, dan Korea.

Apakah deposit minimum di Webull?

Tiada had deposit minimum di Webull untuk akaun tunai. Tetapi, jika anda ingin berdagang dengan margin, posisi jangka masa pendek atau perdagangan harian tanpa had, deposit minimum akan diperincikan. Lihat di bawah untuk perincian lengkap.

Jenis akaun

Webull hanya menawarkan akaun tunai dan dagangan margin.

IRA yang diterima termasuklah:

  • Tradisional
  • Roth
  • Kadar tukar ganti IRA.

Setiap pelanggan boleh membuka satu IRA. Anda mesti mempunyai akaun individu sebelum membuka akaun IRA.

Akaun bersama dan akaun berpenjaga serta akaun korporat tidak disediakan.

Jenis akaun berbeza dari segi deposit minimum yang diperlukan serta ketersediaan pilihan kelebihan, dagangan harian dan jualan jangka masa pendek.

Jenis akaun Webull
  Deposit minima Kelebihan Jualan jangka masa pendek Dagangan harian
Akaun tunai $0 N/A N/A N/A
Akaun margin dengan niaga jangka masa pendek dan dagangan harian terhad* $2,000 Sehingga 2:1 bagi posisi kekal semalaman

Sehingga 4:1 untuk dagangan harian
Posisi jangka masa pendek dibenarkan Hanya 3 dagangan harian/minggu

Akaun margin dengan niaga jangka masa pendek dan dagangan harian tidak terhad**

$25,000 Sehingga 2:1

Sehingga 4:1 untuk dagangan harian
Posisi jangka masa pendek dibenarkan Dagangan harian tidak terhad

*Anda boleh berdagang dengan wang yang dipinjam daripada broker, juga dikenali sebagai dagangan kelebihan. Anda boleh juga mengambil posisi pendek, di mana anda akan menjual stok bukan milik anda.

**Anda boleh berjual beli aset dalam hari yang sama, tanpa had. Anda boleh juga mengambil posisi pendek, di mana anda akan menjual stok bukan milik anda.

Bagaimana untuk membuka akaun?

Pembukaan akaun Webull pantas, mudah dan digital sepenuhnya. Akaun kami disahkan setelah 24 jam pada hari bekerja.

Anda boleh membuka akaun Webull anda melalui platform dalam talian, desktop atau mudah alih. Kami menguji pembukaan akaun laman ini menggunakan platform desktop:

  1. Setelah memasang platform, anda boleh memulakan pendaftaran di bawah menu 'Account'. Pada skrin 'Login' anda akan melihat pilihan untuk mendaftar diri.
  2. Masukkan maklumat peribadi anda, seperti nama, tarikh lahir, nombor keselamatan sosial, alamat, dll pada borang dalam talian tersebut.
  3. Masukkan juga maklumat pekerjaan, pengalaman dagangan/kewangan, dan situasi anda.
  4. Sahkan identiti anda dengan gambar ID / pasport anda.
  5. Pilih jenis akaun (tunai atau margin).
  6. Semak semula maklumat anda sebelum menghantar borang.
  7. Hantarkan permohonan online anda.

Ulasan Webull โ€“ Pembukaan akaun

Ulasan Webull
Deposit dan pengeluaran

1.9
Layari laman webWebull untuk dapatkan maklumat lanjut deposit dan pengeluaran.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Di Webull, anda hanya boleh menggunakan pemindahan wang melalui bank untuk menambah atau mengeluarkan dana. Yuran pemindahan wang berkawat adalah sangat mahal. Namun, proses pemindahan wang cukup mudah dan mesra pengguna manakala pemindahan ACH adalah percuma.
Kelebihan Kekurangan
Tiada yuran deposit Tiada servis kad kredit/debit
Mesra pengguna Hanya satu matawang asas
Deposit dan pengeluaran ACH percuma di AS Bayaran tinggi bagi pemindahan wang berkawat

Matawang asas akaun

Webull hanya menawarkan ASD sebagai matawang dasar bagi kesemua akaunnya.

Matawang dasar di Webull lwn. pesaing terdekat
  Webull moomoo Robinhood
Bilangan matawang dasar 1 1 1

Mengapakah ciri ini penting? Sekiranya anda membiayai akaun anda atau mendagang aset dalam matawang yang berpadanan dengan akaun bank anda, anda tidak perlu membayar yuran pertukaran.

Cara mudah untuk mengelak dari dikenakan yuran pertukaran matawang adalah untuk membuka akaun bank digital bagi setiap matawang dagangan anda. Bank digital seperti ini menawarkan akaun bank dalam pelbagai mata wang dengan kadar pertukaran matawang yang kompetitif serta menawarkan pemindahan wang melalui bank antarabangsa secara percuma atau pada kadar murah. Pembukaan akaun hanya mengambil masa beberapa minit menggunakan telefon pintar anda.

Pilihan deposit dan yurannya

Webull tidak mengenakan yuran deposit untuk pemindahan ACH (elektronik).

Bayaran $ 8 dikenakan untuk pindahan wang berkawat domestik, sementara deposit berkawat antarabangsa berharga $12.5. Pelanggan bukan AS hanya boleh menggunakan pemindahan wang berkawat.

Pilihan deposit Webull
  Webull moomoo Robinhood
Pemindahan bank Yes Yes Yes
Kad kredit/debit No No No
e-wallet No No No

Kami mencuba pemindahan ACH untuk tujuan deposit dan ia mengambil masa 5 hari bekerja. Menurut laman web Webull, pemindahan wang berkawat biasanya selesai dalam 1 hari bekerja. Pemindahan ACH mempunyai had $50,000 bagi setiap transaksi, sementara pemindahan wang berkawat tidak terhad.

Menambah dana ke dalam akaun anda adalah proses mudah, tetapi hanya boleh dilakukan melalui aplikasi mudah alih mereka. Menurut pihak Webull, mereka masih lagi dalam usaha menambah ciri ini pada platform desktop dan dalam talian juga.

Anda hanya boleh mendeposit wang dari akaun yang dihubungkan kepada akaun pembrokeran anda.

Ulasan Webull - Deposit dan pengeluaran - Deposit

Pilihan pengeluaran dan yurannya

Webull tidak mengenakan caj bagi pemindahan ACH. 

Begitu juga dengan deposit, pemindahan wang berkawat dikenakan caj $ 25 untuk pengeluaran domestik dan $ 45 untuk pemindahan wang berkawat antarabangsa. Pelanggan bukan AS hanya boleh menggunakan pindahan kawat.

Pilihan pengeluaran Webull dan yurannya
  Webull moomoo Robinhood
Pemindahan bank Yes Yes Yes
Kad kredit/debit No No No
e-wallet No No No
Yuran pengeluaran $0 $0 $0

Berapa lama masa yang diambil untuk mengeluarkan wang dari Webull? Kami menguji sistem pengeluaran ACH dan ianya mengambil masa 2 hari bekerja. Sebelum wang anda dapat dikeluarkan, ada tempoh menunggu selama 7 hari bagi pemindahan wang ACH dan 1 hari bagi pemindahan wang berkawat. Ketika tempoh ini, anda tidak boleh mengakses wang anda.

Anda hanya boleh mengeluarkan wang ke dalam akaun yang berdaftar atas nama anda. Sekiranya nama akaun bank dan akaun Webull berbeza, akan ada tempoh penahanan 60 hari kerana pematuhan regulasi.

Bagaimana untuk mengeluarkan wang dari Webull? Cuma ikut langkah-langkah ini:

  • Buka platform perdagangan mobile.
  • Pergi ke 'Home' dan pilih 'Withdrawal'.
  • Masukkan jumlah yang dikehendaki dan kemudian pilih 'Transfer to my bank'.
  • Pengeluaran akan dimulakan.

Perbandingan broker berbeza

Ulasan Webull
Landasan dagangan web

4.5
Layari laman webWebull untuk mencuba landasan dagangan web.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Webull menawarkan platform perdagangan dalam talian yang mudah digunakan dan lengkap dengan ciri-ciri canggih. Laman ini sesuai untuk pemula dan juga pakar dagangan. Pada sisi negatifnya pula, tidak ada ciri log masuk dengan pengesahan dua langkah yang lebih selamat bagi pedagang.
Kelebihan Kekurangan
Mesra pengguna Tiada ciri log masuk dengan pengesahan dua langkah (lebih selamat)
Boleh diubahsuai dan dipersonalisasikan (carta dan ruangan pemuka)
Pesanan dagangan pelbagai
Webull platforms to choose from
Platform perdagangan Skor Ada
Web 4.5 stars Ya
Mudah alih 5.0 stars Ya
Desktop 4.5 stars Ya

Webull melancarkan platform mobilenya dahulu sebelum tampil dengan platform desktop dan versi dalam talian.

Platform-platform ini tersedia dalam dua bahasa, Inggeris dan Cina.

Antara muka

Platform perdagangan web Webull cukup mesra pengguna, direka dengan rapi dan mempunyai struktur yang jelas. Ia mudah dinavigasi dengan ciri menu di bahagian tepi skrin. Bahagian tengah skrin berfungsi seperti platform desktop tradisional.

Ruang pemuka mudah diubahsuai dan dipersonalisasikan.

Ulasan Webull โ€“ Platform dagangan dalam talian

Log masuk dan sekuriti

Platform dagangan web Webull menawarkan login satu langkah. Sistem log masuk dengan pengesahan dua langkah akan lebih selamat.

Fungsi carian

Fungsi cariannya bagus, anda boleh mencari asset yang anda mahu dengan hanya menaip nama syarikat atau simbol ticker aset.

Terdapat juga fitur cadangan automatik yang menunjukkan anda hasil carian yang relevan.

Ulasan Webull โ€“ Platform dagangan web - Carian

Memulakan pesanan

Webull menawarkan pilihan pesanan dagangan yang pelbagai:

  • Pesanan pasaran
  • Pesanan berhad
  • Pesanan henti
  • Pesanan had-henti
  • Pesanan bersyarat (ambil untung, kawal-rugi)

ntuk mengenali erti istilah-istilah ini, baca ikhtisar jenis pesanan di sini.

da dua pesanan berhad masa yang boleh anda gunakan:

  • Sah sehingga dibatalkan (GTC)
  • Harian

Ulasan Webull โ€“ Platform dagangan dalam talian โ€“ Panel pesanan

Pemberitahuan dan notifikasi

Mudah bagi anda menetapkan pemberitahuan dan notifikasi bagi dagangan anda. Untuk ini, cuma pilih stok yang anda mahu dan tekan pada ikon loceng untuk mempersonalisasikan pemberitahuan dan notifikasi bagi stok tersebut dengan menetapkan harga ataupun indikasi finansial lain.

Penjadualan portfolio dan yuran

Penjadualan Webull bagi yuran dan portfolio diagregasikan dengan rapi. Anda boleh melihatnya dari menu bar sisi dengan memilih 'Account'.

Lawati broker

Ulasan Webull
Landasan dagangan mudah alih

5.0
Layari laman webWebull untuk mencuba landasan dagangan mudah alih.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Aplikasi mudah alih Webull adalah yang antara yang terbaik di pasaran. Ianya mesra pengguna, direka dengan baik serta mempunyai setiap fitur yang anda perlukan, seperti panel pesanan lanjutan, makluman harga dan log masuk pengesahan dua langkah.
Kelebihan Kekurangan
Mesra pengguna Tiada
Log masuk pengesahan dua langkah (lebih selamat)
Jenis pesanan yang pelbagai

Platform dagangan mudah alih Webull tersedia untuk iOS dan Android. Kami menguji versi iOS.

Anda boleh memilih antara Bahasa Inggeris atau Bahasa Cina untuk aplikasinya.

Antara muka

Platform dagangan mudah alih Webull cukup mesra pengguna, mempunyai struktur yang jelas dan direka dengan rapi.

Ulasan Webull - Platform dagangan mobile

Log masuk dan sekuriti

Walaupun log masuk satu langkah adalah tetapan lalai, Webull juga menawarkan  sistem log masuk pengesahan dua langkah yang lebih selamat. Anda boleh mengaktifkan ciri ini dengan pergi ke Menu/Settings/Account&Security. Selepas pengaktifannya, anda akan menerima kod keselamatan melalui SMS setiap kali anda melog masuk.

Fungsi carian

Fungsi cariannya sangat bagus. Anda boleh mencari dengan menggunakan simbol ticker ataupun nama aset.

Ulasan Webull โ€“ Platform dagangan mudah alih - Carian

Memulakan pesanan

Webull menawarkan jenis pesanan dagangan yang sama dengan platform dagangan dalam taliannya.

Ulasan Webull โ€“ Platform dagangan mudah alih - Panel pesanan

Pemberitahuan dan notifikasi

Anda boleh menetapkan pemberitahuan dan notifikasi bagi harga dan berita terkini. Seperti platform dagangan dalam taliannya, adalah sangat mudah untuk menetapkan pemberitahuan ini.

Lawati broker

Ulasan Webull
Landasan dagangan web komputer

4.5
Layari laman webWebull untuk mencuba landasan dagangan komputer.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Webull juga menawarkan platform perdagangan desktop yang mempunyai fungsi dan reka bentuk yang menyerupai platform perdagangan webnya.
Kelebihan Kekurangan
Mesra pengguna Log masuk pengesahan dua langkah (lebih selamat)
Boleh diubahsuai dan disesuaikan (graf, ruangan platform)
Jenis pesanan yang pelbagai

Lawati broker

Ulasan Webull
Pasaran dan produk

1.9
Layari laman webWebull untuk maklumat lanjut mengenai pasaran dan produk.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Webull mempunyai portfolio produk terhad yang hanya merangkumi saham, ETF dan dagangan opsyen AS. Aset yang popular seperti dana, bon atau pertukaran asing tidak tersedia.
Kelas aset Webull
  Webull moomoo Robinhood
Stok Yes Yes Yes
ETF Yes Yes Yes
Forex No No No
Dana No No No
Bon No No No
Opsyen Yes Yes Yes
Niaga masa depan No No No
CFD No No No
Kripto No No Yes

Tawaran saham dan ETF Webull tidak mengejutkan kerana kebanyakan broker AS memberi tumpuan utama atau eksklusif pada pasaran AS. Namun, ada pengecualian seperti Fidelity dan Interactive Brokers, yang juga menawarkan bursa saham antarabangsa.

Stok dan ETF

Webull hanya menyediakan akses kepada pasaran AS.

Pilihan stok dan ETF Webull
  Webull moomoo Robinhood
Bursa saham (#) 3 5 5
ETFs (#) 2,300 2,900 2,300

Anda boleh berdagang di bursa saham berikut : NYSE, NASDAQ, AMEX. 

Anda tidak boleh berdagang dengan stok penny ataupun produk OTC.

Adakah Webull menawarkan saham percuma?

Anda akan mendapat 2 stok percuma jika anda mendaftar menggunakan pautan rujukan dan 2 lagi stok percuma apabila anda mendeposit sekurang-kurangnya $ 100. Nilai keseluruhan pemberian ini boleh mencecah $ 3,700.

Dagangan opsyen

Webull memberikan pelanggannya akses kepada sesetengah pasaran opsyen AS., pasaran-pasaran ini sukar diperincikan.

Ulasan Webull
Kajian

3.4
Layari laman webWebull untuk maklumat lanjut mengenai bahan kajian dan aset.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Webull menawarkan alat kajian pasaran yang mudah digunakan, termasuklah cadangan dagangan hebat serta data asas. Alat pencartaan grafik mereka bukanlah yang terpaling baik. Aliran strim berita juga boleh diperbaiki.
Kelebihan Kekurangan
Idea dagangan Pencartaan interaktif terhad
Data aset asas Tiada strim berita / Strim berita kualiti rendah
Mesra pengguna

Webull menawarkan ciri kajian pasaran di semua platformnya. Kami menguji alatan kajian ini pada platform perdagangan web.

Walaupun pertama kali mengguna platform ini, adalah tidak terlalu mudah untuk mencari di mana fungsi-fungsi kajian pasaran ini. Fungsinya terletak di bahagian paling kanan setelah anda mengklik pada aset

Idea dagangan

Webull memberikan idea perdagangan untuk beberapa jenis saham. Dengan mengklik pada tab 'Analysis' anda akan dapat melihat pendapat penganalisis mengenai pembelian, pemegangan, ataupun penjualan aset tersebut. Terdapat juga pengiraan untuk sasaran harga rata-rata para penganalisis. Apa yang ketinggalan adalah beberapa maklumat tentang para penganalisis.

Ulasan Webull - Kajian pasaran - Rekomendasi

Data asas

Webull menawarkan beberapa data asas untuk sesetengah stok dan ETF. Anda boleh mendapatkan penyata kewangan dan beberapa nisbahan asas, seperti EPS atau EBIT bagi durasi 5 tahun terakhir.

Ulasan Webull โ€“ Kajian pasaran โ€“ Data asas

Pencartaan

Webull mempunyai ciri pencartaan yang OK. Mudah mengedit carta tetapi pengadaan 45 jenis petunjuk teknikal yang ada terlalu luas berbanding dengan apa yang disediakan oleh beberapa pesaing.

Ulasan Webull - Kajian pasaran - Pencartaan

Suapan berita

Suapan berita di Webull adalah pada tahap sederhana. Ada disediakan pautan ke artikel-artikel dari CNBC, Seeking Alpha dan Bezinga. Namun, kami merasakan bahawa Webull dapat meningkatkan jumlah berita dan mengutamakan berita yang paling penting agar lebih berguna kepada para pedagang. Apabila anda mengklik pada sebarang aset, anda dapat melihat pautan ke laman web pihak ketiga termasuklah laman terkenal seperti Yahoo Finance dan Reuters. 

Kami juga menyukai ciri data pelbagai pasaran dalam tempoh nyata.  pelbagai data pasaran masa nyata. Anda dapat melihat maklumat perdagangan bukan sahaja untuk ekuiti dan ETF, tetapi juga buat indeks, pertukaran dan niaga masa depan. Semua pasaran utama diintegrasikan dan memudahkan anda mengumpul data pasaran global. (Amerika Utara, Asia, Eropah).

Lain-lain alatan kajian pasaran yang berguna

Kami amat menyukai ciri peneliti stok Webull. Anda boleh menggunakan penapis untuk melakukan carian menggunakan maklumat asas syarikat hinggalah petunjuk kewangan seperti nisbah EPS atau PE. Menariknya, anda juga boleh menggunakan peneliti saham ini untuk beberapa pasaran bukan AS, seperti di bursa saham India atau China.

Ulasan Webull โ€“ Kajian pasaran โ€“ Peneliti stok

Terdapat juga peralatan kajian lain di Webull yang cukup membantu para pedagang. Contohnya, fungsi 'Newsfeed' sosial dalam versi platform mudah alih. Ianya membolehkan pengguna melihat kemas kini dari pengguna lain serta berkongsi petua sesama sendiri. Butang 'Rewind' memainkan kilas balik pergerakan harga saham dalam masa nyata bagi tempoh 30 hari terakhir, manakala peraduan di Webull pula kerap menawarkan hadiah stok atau insentif lain.

Banding kelebihan dan kekurangan kajian

Ulasan Webull
Khidmat pelanggan

0.8
Layari laman webWebull untuk maklumat lanjut mengenai khidmat pelanggan.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Sokongan pelanggan Webull boleh diperbaiki lagi. Bantuan telefon mereka tidak dapat dihubungi dan kami tidak mendapat sebarang balasan kepada e-mel yang dihantar. Tetapi, pusat mesej pada platform ini berfungsi dengan baik.
Kelebihan Kekurangan
Pusat mesej pada platform pantas dan berguna Tiada chat langsung
Bantuan telefon yang inefisien
Tiada balasan e-mel

Anda boleh menghubungi Webull melalui:

  • pusat mesej platform perdagangan Webull
  • e-mel
  • telefon

Kami menerima jawapan yang relevan dan pantas untuk mesej kami yang dihantar melalui fungsi 'Maklum Balas' pada platform perdagangan ini. Kami juga suka akan sifat sokongan pelanggan ini, yang juga tersedia walaupun pada hujung minggu.

Sokongan e-mel nampaknya tidak berfungsi sama sekali, kerana e-mel kami ke alamat perkhidmatan pelanggan yang diberikan tidak mendapat apa-apa balasan.

Sokongan telefon sangat sukar dihubungi tetapi jawapan yang mereka berikan relevan kepada persoalan yang diajukan. Apabila menghubungi Webull, anda dimestikan memilih topik atau sebab anda menelefon. Adalah sedikit menjengkelkan yang kami hanya dihubungkan dengan seorang operator langsung setelah memilih pilihan #4. Tempoh menunggu di sini mencecah lebih 5 minit. Tetapi, panduan dan jawapan yang akhirnya diberikan sangat relevan dan membantu.

Ulasan Webull โ€“ Khidmat pelanggan

Lawati broker

Ulasan Webull
Pendidikan

2.0
Layari laman webWebull untuk maklumat lanjut mengenai bahan pendidikan dan aset.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Webull menawarkan akaun demo di samping beberapa kandungan didikan dagangan yang berkualiti. Walau bagaimanapun, tidak ada alat pendidikan lain.
Kelebihan Kekurangan
Akaun demo Tiada video tutorial laman trading
Tiada video pembelajaran/ didikan dagangan
Tiada webinar

Di Webull, anda boleh menimba ilmu dagangan melalui :

  • Akaun demo
  • Artikel didikan dagangan yang berkualiti

Akaun demo mereka sangat bagus. Ini kerana kesemua ciri akaun langsung dicerminkan dalam akaun demo.

Artikel dagangan mereka OK. Ianya memberikan liputan yang luas tetapi tidak kerap ataupun dikemas kini. Soalan lazim adalah ruangan yang berguna untuk mengenali lebih lanjut beberapa perkhidmatan asas broker ini.

Ulasan Webull โ€“ Didikan dagangan

Lawati broker

Ulasan Webull
Keselamatan

Layari laman webWebull untuk maklumat lanjut mengenai peraturan dan keselamatan.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Webull dikawalselia oleh pakar regulasi tersohor AS. Ini memberikan anda perlindungan pelabur maksima. Akan tetapi, ia tidak disenaraikan pada bursa saham dan tidak memaparkan informasi terperinci syarikat.
Kelebihan Kekurangan
Kebanyakan klien adalah agen finansial tahap tinggi Tiada perlindungan baki negatif
Perlindungan pelabur tahap tinggi Tiada lesen perbankan
Tidak tersenarai di bursa saham

Adakah Webull di bawah regulasi?

Ya, ia dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), Lembaga Pengawalseliaan Industri Kewangan (FINRA).

Adakah Webull selamat?

Untuk memastikan keselamatan laman pembrokeran anda, kami menyarankan agar anda memeriksa dua fakta utama ini:

  • apakah perlindungan bagi anda, sekiranya ada sesuatu yang berlaku
  • latar belakang broker

Bagaimana anda dilindungi

Ini penting bagi anda kerana jumlah perlindungan pelabur dan jumlah yang ditakrifkan oleh pengawalselia berbeza dari satu entiti ke satu entiti. Dengan Webull, ini tidak menjadi masalah, kerana semua pelanggan dilindungi oleh Webull Financial LLC dan skim perlindungan pelabur AS, yang dikenali sebagai Korporasi Perlindungan Pedagang Sekuriti (SIPC).

SIPC melindungi daripada kehilangan wang tunai dan sekuriti sekiranya broker bankrap. Had perlindungan SIPC adalah $500,000, yang juga merangkumi had $250,000 untuk dagangan wang tunai. Ini jauh lebih tinggi daripada jumlah yang diberikan oleh kebanyakan skim perlindungan pelabur.

Namun, bukan semua pelaburan dilindungi oleh SIPC. Secara umumnya, SIPC melindungi pelaburan nota, saham, bon, saham amanah dan saham syarikat pelaburan, serta sekuriti berdaftar yang lain. Ia tidak merangkumi instrumen seperti kontrak pelaburan tidak berdaftar, perkongsian terhad tidak berdaftar, kontrak anuiti tetap, matawang, dan penerimaan bunga hasil komoditi emas, perak, atau kontrak niaga masa depan komoditi lain atau opsyen komoditi.

Hanya satu kelemahan skim ini, iaitu ketiadaan perlindungan baki negatif.

Perlindungan tambahan

Syarikat kliring Webull, Apex Clearing mempunyai polisi insurans tambahan. Pelanggan layak mendapat perlindungan berjumlah $150 juta untuk dagangan wang tunai dan sekuriti. Had maksima perlindungan bagi setiap pelanggan ialah $37.5 juta bagi dagangan sekuriti dan $900.000 untuk dagangan wang tunai.

Latar belakang

Webull adalah syarikat yang hanya ditubuhkan pada tahun 2017. Semakin lama rekod prestasi sesebuah aman broker, semakin terbukti yang ianya mampu mengatasi krisis kewangan yang boleh membahayakan pelaburan anda. 

Anda mungkin akan menghadapi kesukaran untuk mencari lebih banyak maklumat mengenai syarikat ini. Jumlah maklumat kewangan tentang laman ini agak terhad berbanding broker lain, kerana Webull bukanlah syarikat awam dan disebabkan ini, ia tidak perlu menerbitkan data kewangan secara umum.

Namun, ia dikawalselia oleh pihak berkuasa bidang kewangan tahap tinggi serta menawarkan perlindungan pelabur pada jumlah yang tinggi. Ini semua menunjuk kepada betapa selamatnya laman Webull ini.

Cari broker selamat

Ulasan Webull
Keputusan

Layari laman webWebull untuk dapatkan maklumat lanjut.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro

Webull menawarkan kadar yuran yang hebat. Anda boleh mendapatkan stok percuma serta berdagang dengan saham AS, ETF dan opsyen secara bebas komisen. Pembukaan akaun adalah mudah, digital sepenuhnya dan pantas. Platformnya mudah digunakan dan direka dengan baik.

Webull masih mempunyai beberapa kelemahan. Portfolio produknya agak terhad kerana hanya merangkumi saham AS, ETF dan dagangan opsyen. Anda hanya boleh menggunakan pemindahan bank untuk tujuan deposit atau pengeluaran. Bagi pemindahan berkawat, yuran akan dikenakan untuk pengeluaran dan deposit. Servis khidmat pelanggan melalui telefon dan e-mel sukar dihubungi.

Oleh kerana proses pembukaan akaun di sini lancar, dan Webull juga menawarkan perdagangan saham dan ETF tanpa komisen, anda boleh sahaja mencuba nasib di laman ini.

Lawati broker

Share

Comments

×