Rumusan

Disyorkan untuk niagaan opsyen dan masa depan yang tertumpu pada pasaran AS.

tastyworks adalah broker Amerika Syarikat baru yang terfokus kepada perdagangan opsyen. Ianya dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Perdagangan (SEC) peringkat teratas, Lembaga Pengawalseliaan Industri Kewangan (FINRA) dan Suruhanjaya Sekuriti dan Pelaburan Australia (ASIC) bagi pelanggan dari Australia.
Mereka yang di belakang tastyworks merupakan pakar-pakar yang membina sistem thinkorswim, yang kini dikendalikan oleh TD Ameritrade. tastyworks merupakan pemilikan peribadi dan ianya ditubuhkan pada tahun 2017, beribu pejabat di Chicago.

Broker terbaik untuk dagangan opsyen
Kedudukan keseluruhan
4.8
Imbuhan
4.5
Pembukaan akaun
5.0
Deposit dan pengeluaran
1.9
Landasan dagang
3.7
Pasaran dan produk
2.6
Kajian
5.0
Khidmat pelanggan
5.0
Pendidikan
4.5

Kelebihan dan kekurangan tastyworks

tastyworks adalah pilihan yang bagus untuk perdagangan opsyen. Ini kerana platform perdagangannya direka khas bagi tujuan perdagangan opsyen. Tambahan pula, yuran perdagangannya cukup rendah. Selain dari itu, fitur pembelajaran serta kajian pasaran juga ada tersedia bagi anda untuk meningkatkan efisiensi dan kecekapan perdagangan anda.

tastyworks tertumpu terutamanya kepada perdagangan opsyen dan niaga masa depan. Perdagangan dengan saham AS dan ETF juga mungkin, tetapi agak rumit berbanding dengan broker lain. Pengeluaran melalui bank menerusi pindahan wang berkawat juga cukup mahal, dan deposit kad kredit / debit adalah tidak mungkin dalam senario ini. Namun, disebabkan laman ini tidak mempunyai opsyen laman demo, adalah sedikit mencemaskan bagi mereka yang baru sahaja melangkah ke dunia perdagangan.

Kelebihan Kekurangan
Yuran perdagangan rendah Pilihan produk terhad
Fitur pembelajaran berkualiti Pilihan transaksi terhad
Instrumen kajian pasaran yang tepat Tiada akaun demo
Fitur utama dan ciri-ciri istimewa tastyworks
๐Ÿ—บ๏ธ Negara regulasi AS
๐Ÿ’ฐ Kelas yuran perdagangan Rendah
๐Ÿ’ฐ Yuran ketidakaktifan Tiada
๐Ÿ’ฐ Yuran pengeluaran wang $0
๐Ÿ’ฐ Deposit minima $0
๐Ÿ•– Tempoh pembukaan akaun 1 hari
๐Ÿ’ณ Pendepositan dengan kad bank Tiada
๐Ÿ‘› Pendepositan dengan e-wallet Tiada
๐Ÿ’ฑ Jumlah matawang asas yang tersokong 1
๐ŸŽฎ Akaun demo Tiada
๐Ÿ›๏ธ Produk yang ditawarkan Stock, ETF, Options, Futures

Author of this review

Gergely Korpos

Mengenai ulasan ini

Gergely merupakan pengasasas bersama dan CPO Brokerchooser. Sasaran beliau adalah untuk memberikan pengerangan jelas dan terperinci mengenai pelaburan peribadi kepada masyarakat. Gergely mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang pasaran kewangan. Dia telah menyelesaikan ribuan perdagangan sebagai seorang pedagang komoditi dan pengurus portfolio ekuiti.

Gergely Korpos

Pengasas bersama, CPO

Gergely merupakan pengasasas bersama dan CPO Brokerchooser. Sasaran beliau adalah untuk memberikan pengerangan jelas dan terperinci mengenai pelaburan peribadi kepada masyarakat. Gergely mempunyai 10 tahun pengalaman dalam bidang pasaran kewangan. Dia telah menyelesaikan ribuan perdagangan sebagai seorang pedagang komoditi dan pengurus portfolio ekuiti.

Semua yang dipaparkan di BrokerChooser adalah berdasarkan data sahih dan maklumat yang tidak memenangkan mana-mana pihak. Kami menggabungkan lebih 10 tahun pengalaman dalam budang kewangan dengan maklum balas pembaca. Maklumat mengenai kaedah kami boleh dibaca di sini.

Ulasan tastyworks
Imbuhan

4.5
Layari laman web tastyworks untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai imbuhan dagang dan imbuhan bukan-dagang.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
tastyworks mempunyai kadar yuran yang terendah dan tidak mempunyai yuran ketidakaktifan. Walau bagaimanapun, kadar yurannya tinggi bagi perpindahan wang secara berkawat.
Kelebihan Kekurangan
Yuran perdagangan rendah Yuran pengeluaran untuk perpindahan wang secara berkawat
Yuran stok dan ETF rendah / Perdagangan stok
Tiada yuran ketidakaktifan

Bagaimana kami menarafkan jumlah yuran

Kami menarafkan yuran tastyworks sebagai rendah, sederhana, atau tinggi berdasarkan perbandingan dengan broker lain yang kami ulaskan.

Sebelum itu, mari lihat beberapa istilah penting yang berkaitan dengan yuran broker. Apa yang perlu diberi perhatian adalah yuran perdagangan dan bukan perdagangan.

  • Yuran perdagangan dikenakan apabila ada sebarang perdagangan. Ini termasuk komisyen, taburan, kadar pembiayaan dan kadar pertukaran.
  • Yuran bukan perdagangan merangkumi caj yang tidak berkaitan langsung dengan perdagangan, seperti yuran pengeluaran atau yuran ketidakaktifan.

Di bawah anda akan melihat sejumlah yuran yang relevan kepada tastyworks untuk setiap kelas aset. Sebagai contoh, dalam pelaburan saham dan stok, yuran terpenting adalah komisen.

Kami juga membandingkan yuran tastyworks dengan dua broker yang hampir serupa, ChoiceTrade dan TradeStation. Pemilihan ini berdasarkan faktor objektif laman seperti produk yang ditawarkan, profil pelanggan, struktur yuran dan lain-lain.

Untuk mendapatkan gambaran keseluruhan yang jelas tentang tastyworks, mari lihat dahulu yuran perdagangan.

Yuran perdagangan tastyworks

Yuran perdagangan tastyworks adalah rendah.

tastyworks mengenakan $ 1 bagi setiap kontrak untuk opsyen saham dan $ 2.50 setiap kontrak niaga masa depan untuk pembukaan posisi. Penutupan posisi tidak dikenakan bayaran.

Untuk kontrak niaga masa depan biasa, yuran $ 1.25 dikenakan bagi setiap kontrak, sementara kontrak niaga masa depan mikro dikenakan $ 0.85 untuk setiap kontrak mikro. tastyworks juga mempunyai produk niaga masa depan yang unik, yang dikenali sebagai Niaga Masa Depan Kecil, Bayaran bagi niaga masa depan kecil adalah $ 0.25 setiap kontrak..

Akhir sekali, perdagangan stok dan saham tidak dikenakan yuran.

Yuran saham dan ETF

tastyworks tidak mengenakan komisyen saham dan ETF.

Komisyen saham dan ETF tastyworks bagi perdagangan berjumlah $2,000

  tastyworks ChoiceTrade TradeStation
Stok AS $0.0 $0.0 $1.0

Sekiranya anda lebih suka perdagangan saham berdasarkan margin, anda boleh menyemak juga kadar margin tastyworks.

Kadar margin dikenakan semasa berdagang dengan margin. Pada dasarnya,  anda meminjam wang atau stok dari broker untuk berdagang. Untuk wang / stok yang dipinjam ini, anda dikenakan faedah. Faedah ini adalah sebahagian besar kos perdagangan anda.

Kadar margin tahunan tastyworks
  tastyworks ChoiceTrade TradeStation
Kadar margin USD 8.0% 6.3% 9.5%

kadar margin tastyworks berdasarkan jenjangan jumlah perdagangan. Ini termasuk kadar asas serta premium atau diskaun, bergantung pada jumlah margin. Kadar asas ditetapkan mengikut budi bicara tastyworks; pada waktu ulasan, kadar asasnya adalah 7%.

Kadar pembiyaan tastyworks
Jumlah Debit Kadar % Kadar Asas + / -
$0 - $24,999 8.00% Kadar Asas + 1.00%
$25,000 - $49,999 7.50% Kadar Asas + 0.50%
$50,000 - $99,999 7.00% Kadar Asas
$100,000 - $249,999 6.50% Kadar Asas - 0.50%
$250,000 - $499,999 6.00% Kadar Asas - 1.00%
$500,000 - $999,999 5.50% Kadar Asas - 1.50%
$1,000,000 + 5.00% Kadar Asas - 2.00%

Yuren opsyen

Yuran opsyen tastyworks agak rendah berbanding dengan kadar pasaran, namun  ianya lebih tinggi berbanding pesaing utamanya.

Harap maklum bahawa tastyworks mengenakan bayaran $5 untuk pembukaan dan penyempurnaan dagangan opsyen.

Komisen opsyen indeks saham tastyworks bagi 10 kontrak
  tastyworks ChoiceTrade TradeStation
Opsyen indeks saham AS $12.5 $4.0 $10.0

Bayaran untuk Opsyen Indeks Hak Milik Bursa Tunggal Terdaftar adalah lebih murah: contohnya, $ 0.65 bagi setiap kontrak di SPX dan $ 0.18 pada indeks NDX.

Yuran terperinci tastyworks
  Komisyen pembuka degangan Komisyen penutup dagangan
Options on stocks $1.00/kontrakt, maksima $10.00 bagi setiap bahagian dagangan percuma
Options on ETFs $1.00/kontrakt percuma
Options on futures $2.50/kontrakt percuma
Options on Smalls Futures $0.25/kontrakt $0.25/kontrakt

Yuran niaga masa depan

Yuran niaga masa depan tastyworks, pada umumnya, lebih rendah. Walau bagaimanapun, ia masih lebih tinggi daripada yuran niaga masa depan di TradeStation.

Komisyen niaga masa depan saham indeks tastyworks bagi 10 kontrak
  tastyworks ChoiceTrade TradeStation
US micro e-mini stock index futures $8.5 - $5.0

Yuram bukan perdagangan

tastyworks mempunyai yuran bukan perdagangan sederhana. Ia tidak mengenakan yuran akaun umum, yuran ketidakaktifan, yuran peliharaan dagangan atau yuran deposit.

Pengeluaran ACH adalah percuma di AS, tetapi bayaran pengeluaran wang berkawat cukup tinggi. Ia mengenakan $ 25 untuk pindahan wang berkawat di AS dan $ 45 untuk pindahan wang berkawat antarabangsa.

Yuran bukan perdagangan tastyworks
  tastyworks ChoiceTrade TradeStation
Yuran akaun Tiada Ada Tiada
Yuran ketidakaktifan Tiada Ada Tiada
Yuran deposit $0 $0 $0
Yuran pengeluaran $0 $5 $0

Ulasan tastyworks
Pembukaan akaun

5.0
Layari laman webtastyworksuntuk ketahui proses pembukaan akaun.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Pembukaan akaun di tastyworks adalah mesra pengguna, digital sepenuhnya, pantas dan tidak mempunyai kadar deposit minima.
Kelebihan Kekurangan
Pantas Tiada
Digital sepenuhnya
Tidak mempunyai kadar deposit minima

Boleh saya membuka akaun?

Lawati broker

tastyworks menerima pelanggan dari pelbagai negara. Ini merangkumi hampir kesemua negara Gagasan Eropah, kebanyakan negara Amerika Selatan dan Tengah, serta India, Indonesia, New Zealand dan Turki.

Apakah deposit minimum di tastywork

Deposit minima yang diperlukan adalah $0 untuk akaun tunai. Untuk akaun margin, anda perlu mendeposit sekurang-kurangnya $2,000.

Jenis akaun

tastyworks menawarkan dua jenis akaun untuk individu: akaun tunai dan margin. Dengan akaun margin, anda boleh menggunakan kelebihan, yang bermaksud anda boleh meminjam wang dari broker untuk berdagang.

Akaun persaraan dibuka kepada warganegara AS sahaja. Anda boleh memilih IRA tradisional, bekerja sendiri (SEP), IRA roth atau benefisiari (diwarisi).

Berdasarkan pemilikan, anda boleh membuka akaun seperti berikut:

  • Akaun individu - akaun yang dimiliki individu
  • Akaun bersama - akaun yang dimiliki oleh lebih daripada satu orang
  • Akaun korporat dan amanah - akaun yang dimiliki oleh entiti atau korporasi (hanya tersedia di AS)

Dalam ulasan tastyworks kami, ujian dikendalikan pada akaun margin individu yang dipanggil 'The Works'.

Bagaimana untuk membuka akaun?

Pembukaan akaun tastyworks pantas dan digital sepenuhnya. Akaun kami disahkan setelah 24 jam.

Pendaftaran tastyworks mengambil masa 10-15 minit dan cukup jelas. Anda perlu mengisi butiran berikut:

  • Jenis Akaun
  • Maklumat peribadi
  • Maklumat majikan (nama, alamat, nombor telefon)
  • Tahap pengetahuan kewangan
  • Nama bank utama
  • Salinan digital ID dan bukti alamat anda

Ulasan tastyworks - Pembukaan akaun

Ulasan tastyworks
Deposit dan pengeluaran

1.9
Layari laman webtastyworks untuk dapatkan maklumat lanjut deposit dan pengeluaran.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Deposit dan pengeluaran di tastyworks mudah digunakan dan tiada yuran. Akan tetapi, anda hanya boleh bertransaksi secara pemindahan wang melalui bank. Dan bagi mereka yang menetap di luar AS, pengeluaran wang cukup mahal.
Kelebihan Kekurangan
Tiada yuran deposit Tiada servis kad kredit/debit
Mesra pengguna Hanya satu matawang asas
Pengeluaran ACH percuma di AS Bayaran tinggi bagi pemindahan wang berkawat

Pilihan deposit dan yurannya

Pendepositan di tastyworks adalah percuma. Namun, hanya pengguna dari luar AS yang boleh menggunakan pemindahan bank, atau pemindahan wang berkawat. 

Jika anda dari AS, anda boleh menggunakan:

  • ACH (automated clearing house)
  • Cek
Pilihan deposit tastyworks
  tastyworks ChoiceTrade TradeStation
Pemindahan bank Yes Yes Yes
Kad kredit/debit No No No
e-wallet No No No

Kami ada mencuba transaksi secara pemindahan wang berkawat dari rantau bukan AS, dan ia hanya mengambil 3 hari bekerja.

Menurut laman sesawang tastyworks, pemindahan ACH mengambil masa 4 hari bekerja. Walau bagaimanapun, beberapa akaun bank pilihan dari AS dapat dihubungkan terus kepada tastyworks dan memungkinkan pemindahan segera.

Anda hanya boleh mendeposit wang dari akaun yang didaftarkan dengan nama anda.

Ulasan tastyworks - Deposit dan pengeluaran - Deposit

Pilihan dan yuran pengeluaran wang tastyworks

pengeluaran tastyworks adalah $45 untuk pindahan wang berkawat bukan AS dan $25 untuk pindahan wang berkawat di AS. Pengeluaran ACH adalah percuma.

Withdrawing money can be done the same way as making deposits, i.e. only via wire transfer for non-US citizens, plus ACH and check for US citizens. The user interface for wire transfer withdrawal is customer-friendly and easy to use.

Pilihan dan yuran pengeluaran wang tastyworks
  tastyworks ChoiceTrade TradeStation
Pemindahan wang melalui bank Ada Ada Ada
Kad kredit/debit Tiada Tiada Tiada
e-wallet Tiada Tiada Tiada
Yuran pengeluaran wang $0 $5 $0

Berapa lama masa yang diambil untuk memindahkan wang keluar dari tastyworks? Menurut pengalaman kami, pengeluaran wang melalui bank boleh mengambil masa sekurang-kurangnya 3 hari bekerja.

Anda hanya boleh mengeluarkan wang ke dalam akaun yang didaftarkan di bawah nama anda.

Bagaimana untuk mengeluarkan wang dari tastyworks?

  • Pilih akaun untuk mengeluarkan wang
  • Pautkan akaun bank anda ke tastyworks
  • Tetapkan tarikh / kekerapan transaksi
  • Masukkan jumlah yang mahu dikeluarkan
  • Sahkan pengeluaran wang

Perbandingan broker berbeza

Ulasan tastyworks
Landasan dagangan web

3.4
Layari laman webtastyworks untuk mencuba landasan dagangan web.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Laman dagangan tastyworks sesuai dengan pedagang yang berpengalaman, terutamanya mereka yang mendagang opsyen. Namun, mengambil sedikit masa untuk bersuaikenal dengan fitur-fitur yang ada. Selain itu, platform ini tidak begitu fleksibel dan tidak mudah dipersonalisasikan.
Kelebihan Kekurangan
Kadaran yuran jelas Tiada kemudahan personalisasi (graf, ruangan platform, antara muka)
Notifikasi harga Tidak sesuai untuk pedagang baru
Pengesahan dua-langkah bagi sesetengah fitur
tastyworks platforms to choose from
Platform perdagangan Skor Ada
Web 3.4 stars Ya
Mudah alih 4.2 stars Ya
Desktop 3.9 stars Ya

tastyworks menggunakan platform perdagangannya sendiri. Ia menyasarkan pedagang opsyen dan niaga masa depan. Dagangan saham adalah fokus kedua mereka.

Platform ini hanya tersedia dalam bahasa Inggeris.

Antara muka

Platform perdagangan web tastyworks sangat bagus untuk pedagang maju, tetapi sukar untuk dilayari sebagai pemula. Ini adalah platform yang direka dengan baik yang cukup mudah digunakan setelah sedikit latihan. Ia juga dilengkapi dengan panel perdagangan pilihan yang kuat, walaupun platformnya tidak dapat disesuaikan.

Ulasan tastyworks โ€“ Platform dagangan dalam talian

Log masuk dan sekuriti

tastyworks kini memerlukan pengesahan dua-langkah untuk fungsi tertentu, yang akan memberi akaun anda keselamatan tambahan. Pengesahan dua-langkah diperlukan untuk fungsi berikut:

  • Penukaran e-mel
  • Penukaran kata laluan atau terlupa kata laluan
  • Pemindahan wang (dari profil tastyworks anda)

Untuk menggunakan ciri keselamatan ini, anda perlu memuat turun aplikasi pengesahan, seperti Authy, Google Authenticator, Microsoft Authenticator atau 2FAS Authenticator.

Fungsi carian

Fungsi carian platform boleh dipakai tetapi memerlukan sedikit peningkatan. Sekiranya anda arif dengan fungsi ticker, anda boleh menggunakan laman ini. Namun, jika anda ingin mencari ETF yang baru muncul di pasaran dagangan, dengan menaip ‘Emerging’ anda hanya akan mendapat hasil carian dengan ETF yang bermula dengan perkataan  'Emerging'. Sebagai contoh ETF terbesar, iShares MSCI Emerging Market Fund tidak akan ditunjukkan kerana ia bermula dengan 'Ishares' dan bukannya 'Emerging'.

Ulasan tastyworks โ€“ Platform dagangan dalam talian - Carian

Memulakan pesanan

Pengurusan pesanan tastyworks mempunyai fungsi yang bagus tetapi agak rumit. Ia direka terutamanya untuk perdagangan opsyen tetapi masih boleh digunakan untuk perdagangan saham. Anda akan melihat tiga panel pesanan yang berbeza: dua untuk perdagangan opsyen dan satu untuk perdagangan saham.

Panel perdagangan sahamnya cukup hebat, dengan empat pilihan pesanan:

  • Pesanan pasaran
  • Pesanan berhad
  • Pesanan had-henti
  • Pesanan pasaran berhad

Ada juga had masa yang boleh digunakan dengan pesanan anda:

  • Sah sehingga dibatalkan (GTC)
  • Sah sehingga tarikh (GTD)

Ulasan tastyworks โ€“ Platform dagangan dalam talian โ€“ Panel pesanan

Untuk dagangan opsyen, anda boleh memilih antara dua paparan: paparan biasa standard 'Table' atau antara muka perdagangan visual yang unik, digelar 'Curve'.

Di bawah kedua-dua paparan ini, ada pelbagai tetapan strategi:

  • Menegak
  • Mencekak
  • Mencelapak
  • Opsyen
  • Iron condor
  • Stok diberitakan
  • Butterfly
  • Jade lizard
  • Kalendar

Pada awalnya, akan kelihatan sangat rumit. Namun, platform ini mudah digunakan setelah anda terbiasa dengannya. Sebagai contoh, ia mempunyai senarai tetapan strategi opsyen, jadi anda boleh mengakses strategi Iron Condor dengan hanya dua klik.

Ulasan tastyworks โ€“ Platform dagangan dalam talian โ€“ Panel pesanan opsyen

Anda juga menggunakan fungsi seret dan lepas bagi pesanan opsyen yang berbeza serta mengedit parameter lalai dengan mudah. Pada kami, ini adalah salah satu fungsi terpenting laman ini.

Ulasan tastyworks โ€“ Platform dagangan dalam talian โ€“ Pilihan panggilan

Pemberitahuan dan notifikasi

Adalah sangat mudah untuk menetapkan pemberitahuan harga dan pesanan. Anda boleh menetapkan pemberitahuan bagi setiap aset untuk naik turun harga tersirat (IV). Anda juga boleh mengaturkan pemberitahuan secara e-mel dan notifikasi push, serta mesej singkat jika anda berada di AS.

Dari senarai 'Grid' anda boleh mendapatkan gambaran keseluruhan pelbagai aset di satu tempat. Semua stok terpilih ada infografik mini mereka tersendiri dengan beberapa data asas. Ia juga disesuaikan dengan perdagangan opsyen, kerana data yang paling kelihatan adalah IV.

Ulasan tastyworks โ€“ Platform dagangan dalam talian - Produk

Penjadualan portfolio dan yuran

Penjadualan portfolio diagregasikan dengan rapi. Tetapan lalainya terfokus pada opsyen kerana menunjukkan nilai delta dan theta. Walau bagaimanapun, lajuran jadual boleh diubahsuai dan disesuaikan dengan mudah.

Penjadualan yuran juga jelas. Penjadualan portfolio dan yuran boleh dieksport dalam bentuk CSV.

Lawati broker

Ulasan tastyworks
Landasan dagangan mudah alih

4.2
Layari laman webtastyworks untuk mencuba landasan dagangan mudah alih.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Platform mudah alih tastyworks mirip dengan platform dalam taliannya. Ianya direka dengan tersusun tetapi kelihatan seakan rumit. Ia juga tidak mempunyai notifikasi harga.
Kelebihan Kekurangan
Mesra pengguna Tiada notifikasi harga
Log masuk secara Touch/Face ID
Pengesahan pesanan

Platform mudah alih tastyworks mirip dengan platform dalam taliannya dan berkongsi fungsi utama.

Platform perdagangan mudah alihnya tersedia dalam bahasa Inggeris bagi iOS dan Android. Untuk ulasan ini, kami menggunakan platform iOS.

Antara muka

Platform perdagangan mobile tastyworks cukup mesra pengguna dan mempunyai reka bentuk yang rapi dan moden.

Ulasan tastyworks - Platform dagangan mobile

Log masuk dan sekuriti

tastyworks kini mempunyai pengesahan dua-langkah bagi ciri yang sama seperti platform perdagangan dalam taliannya.

Anda juga boleh melog masuk menggunakan pengesahan biometrik.

Fungsi carian

Fungsi carian platform mudah alih ini bagus. Sama seperti platform dalam talian, anda boleh melakukan carian berdasarkan ticker aset yang anda cari, tetapi tidak boleh menggunakan tapisan untuk jenis aset.

Ulasan tastyworks - Platform dagangan mobile - Carian

Memulakan pesanan

Fungsi perdagangan di sini sedikit berbeza dari platform dalam talian. Tetapi, ia cukup intuitif dan mudah dikenalpasti. Anda boleh memilih antara mod jadual, lengkungan atau stok. Ini memudahkan pengurusan dagangan saham.

Anda boleh memilih jenis pesanan dan terma yang sama seperti di platform dalam talian.

Ulasan tastyworks - Platform dagangan mobile โ€“ Panel pesanan

Pemberitahuan dan notifikasi

Anda tidak boleh menetapkan pemberitahuan harga ataupun notifikasi pesanan pada laman mobile. Ini adalah salah satu kelemahan platform ini.

Lawati broker

Ulasan tastyworks
Landasan dagangan web komputer

3.9
Layari laman webtastyworks untuk mencuba landasan dagangan komputer.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Platform desktop ini mirip dengan platform perdagangan dalam talian tastyworks dan mempunyai ciri tambahan seperti kebolehan pengubahsuaian. Namun, ia juga tidak sesuai untuk pedagang baru.
Kelebihan Kekurangan
Penjadualan yuran jelas Tidak sesuai untuk pedagang baru.
Boleh diubahsuai dan disesuaikan (graf, ruangan platform)
Ada pemberitahuan harga

Anda boleh memuat turun platform desktop ini untuk OSX, Windows dan Linux. Ia hanya tersedia dalam bahasa Inggeris.

Antara muka

Platform perdagangan desktop tastyworks boleh digunakan. Sama seperti platform dalam talian, ianya agak rumit dan anda akan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri. Walau bagaimanapun, ia masih lebih intuitif dan mempunyai lebih banyak pilihan penyesuaian berbanding versi dalam talian.

Ulasan tastyworks - Platform dagangan desktop

Log masuk dan sekuriti

tastyworks memerlukan pengesahan dua-langkah untuk ciri yang sama seperti platform perdagangan dalam talian.

Fungsi carian

Fungsi carian platform adalah sama seperti platform dalam talian.Ulasan tastyworks - Platform dagangan desktop - Carian

Memulakan pesanan

Pesanan dibuat seperti mana di platform dalam talian.

Pemberitahuan dan notifikasi

Anda boleh menetapkan pemberitahuan harga dan pesanan di platform perdagangan desktop, sama seperti di platform dalam talian.

Penjadualan portfolio dan yuran

Anda dapat mengakses penjadualan portfolio dan yuran yang jelas dari platform desktop juga.

Lawati broker

Ulasan tastyworks
Pasaran dan produk

2.6
Layari laman webtastyworks untuk maklumat lanjut mengenai pasaran dan produk.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Di tastyworks, anda boleh memperdagangkan saham AS, ETF, opsyen dan beberapa pilihan niaga masa depan. Kelas aset popular lain seperti saham amanah atau bon tidak ada, begitu juga aset antarabangsa.
Kelas aset tastyworks
  tastyworks ChoiceTrade TradeStation
Stok Yes Yes Yes
ETF Yes Yes Yes
Forex No No No
Dana No No Yes
Bon No No No
Opsyen Yes Yes Yes
Niaga masa depan Yes No Yes
CFD No No No
Kripto No No Yes

tastyworks menawarkan saham, opsyen, ETF dan niaga masa depan. Namun, ini hanya meliputi pasaran AS. Tidak banyak maklumat mengenai jumlah tepat produk yang boleh diperdagangkan. tastyworks tidak menyokong perdagangan saham OTC (over-the-counter) atau dagangan penny.

Secara keseluruhannya, pasaran dan rangkaian produk tastyworks lebih tertumpu berbanding pesaing terdekatnya.

Dagangan sosial

tastyworks menawarkan perkhidmatan perdagangan sosial. Anda boleh mengikuti dan menyalinpakai perdagangan ahli lain di tastyworks. Mereka ini benar-benar aktif, jadi anda tidak akan pernah kering dari segi idea perdagangan.

Niaga masa depan kecil

tastyworks memperkenalkan produk niaga masa depan yang unik, yang disebut niaga masa depan kecil yang disenaraikan di Bursa Kecil.

Niaga masa depan kecil ini direka untuk peniaga niaga masa depan runcit dengan saiz kontrak jauh lebih kecil. Oleh itu, ianya sesuai untuk perdagangan pada jumlah yang lebih rendah. 

Pilihan ini berada di belakang produk broker pesaing. ChoiceTrade dan TradeStation menawarkan lebih banyak pasaran saham untuk didagangkan.

Ulasan tastyworks
Kajian

5.0
Layari laman webtastyworks untuk maklumat lanjut mengenai bahan kajian dan aset.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Peralatan kajian pasaran tastyworks merangkumi idea perdagangan, alat pencartaan grafik desktop yang hebat serta berita berkualiti tinggi. Walaubagaimanapun, semuanya terfokus pada dagangan opsyen, dan hanya menawarkan data asas terhad.
Kelebihan Kekurangan
Pencartaan interaktif Data asas terhad
Idea dagangan
Strim berita berkualiti tinggi

Idea dagangan

Seperti disebutkan sebelumnya, tastyworks menyediakan ciri perdagangan sosial di mana anda boleh meminjam idea dari ahli pasukannya. Ini bukan nasihat pelaburan eksplisit, tetapi boleh berguna jika anda mencari idea perdagangan.Ulasan tastyworks โ€“ Kajian pasaran - Rekomendasi

Data asas

Ada petunjuk berguna untuk pilihan, seperti perdagangan, kadaran turun naik tersirat, ruang IV tastyworks, serta matriks korelasi stok dan indeks. Walau bagaimanapun, data asas untuk stok hanya merangkumi elemen yang benar-benar asas. Contohnya, hasil dividen dan nisbah harga: pulangan.

Pencartaan

tastyworks mempunyai sistem pencartaan yang sangat kompleks dan efisien pada platform desktopnya. Anda boleh menggunakan lebih dari 100 petunjuk teknikal, selain dari fungsi carta interaktif.

Selain itu, pencartaan yang terfokus kepada dagangan opsyen boleh membantu anda melihat kemungkinan memperoleh keuntungan bagi setiap dari dagangan anda. Ia berguna sekiranya anda berdiri di banyak posisi pada saham tertentu; dengan cara ini anda dapat melihat profil risiko keseluruhan bagi satu-satu jenis saham.

Ulasan tastyworks โ€“ Kajian pasaran - Pencartaan

Suapan berita

tastyworks menyediakan suapan berita melalui platform didikan dagangannya, tastytrade. Di sini anda boleh mengakses pelbagai kandungan yang berguna bagi dagangan opsyen dan niaga masa depan, disertai liputan berita secara langsung.

Pasukan tastytrade juga mengadakan segmen dagangan secara langsung setiap hari minggu, semasa waktu dagangan aktif. Servis ini kami dapati, cukup berguna kepada para pedagang.

Ulasan tastyworks โ€“ Kajian Pasaran โ€“ Suapan berita

Banding kelebihan dan kekurangan kajian

Ulasan tastyworks
Khidmat pelanggan

5.0
Layari laman webtastyworks untuk maklumat lanjut mengenai khidmat pelanggan.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
Servis khidmat pelanggan tastyworks cukup bagus. Anda boleh menghubungi mereka melalui e-mel ataupun telefon. Agen bantuan mereka cukup berpengalaman dan akan memberi anda jawapan yang relevan.
Kelebihan Kekurangan
Bantuan khidmat pelanggan secara telefon Tiada
Pantas
Agen berpengalaman

Anda boleh menghubungi tastyworks melalui:

  • telefon
  • e-mel
  • chat langsung

Jika anda mempunyai pertanyaan umum, chatbot juga boleh membantu anda.

Bantuan telefon tastyworks cukup pantas dan kami diberi jawapan yang relevan. Satu-satunya kelemahan adalah bahawa mereka hanya boleh dihubungi pada waktu bekerja, iaitu dari jam 7 pagi hingga 5 petang (GMT-6).

Melalui e-mel, kami mendapat jawapan relevan selang beberapa minit selepas menghantar soalan kami. Servis khidmat pelanggan e-mel tastyworks tersedia 24/5.

Begitu juga dengan e-mel, melalui chat langsung, kami mendapat jawapan yang relevan dalam beberapa minit.

Secara keseluruhan, kami mendapati sistem perkhidmatan pelanggan mereka sangat baik. Mereka memberikan jawapan dengan cepat dan relevan.

Ulasan tastyworks โ€“ Khidmat pelanggan

Lawati broker

Ulasan tastyworks
Pendidikan

4.5
Layari laman webtastyworks untuk maklumat lanjut mengenai bahan pendidikan dan aset.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
tastyworks mempunyai konten didikan dagangan pendidikan yang cukup lengkap tentang dagangan opsyen di tastyworks. Namun, kelemahan di sini adalah ketiadaan akaun demo.
Kelebihan Kekurangan
Tutorial laman dagangan Tiada akaun demo
Konten video didikan dagangan
Kualiti produksi tinggi

Di Tastyworks, anda boleh belajar berdagang dengan cara berikut:

  • video tutorial platform tastyworks
  • video didikan dagangan umum
  • webinar
  • artikel didikan dagangan berkualiti

Konten pendidikan tastyworks boleh didapati melalui platform didikan dagangannya, tastytrade. Di sini, anda dapat menimba pengetahuan tentang dagangan opsyen sedari awal. Video mereka berkualiti tinggi dan tidak membosankan bagi mereka yang baru berdagang.

Di samping video, anda juga boleh membaca artikel dagangan berkualiti tinggi dan menyertai webinar mengenai perdagangan dengan produk-produk tastyworks.

Akses ke platform ini adalah percuma, dan jika anda mendaftar, anda akan turut mendapat akses kepada kajian dan pandangan mendalam tentang pasaran serta kandungan kajian pasaran tambahan.

Satu-satunya masalah dengan fungsi didikan dagangan tastyworks adalah ketiadaan akaun demo. Oleh kerana platform mereka rumit, akaun demolah yang akan menjadi sumber latihan yang terbaik. 

Ulasan tastyworks โ€“ Didikan dagangan

Lawati broker

Ulasan tastyworks
Keselamatan

Layari laman webtastyworks untuk maklumat lanjut mengenai peraturan dan keselamatan.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro
tastyworks diselia oleh pakar regulasi tersohor AS. Ini memberikan anda perlindungan pelabur maksima. Akan tetapi, tastyworks tidak disenaraikan pada bursa saham dan tidak menawarkan perlindungan baki negatif.
Kelebihan Kekurangan
Kebanyakan klien adalah agen finansial tahap tinggi Tiada perlindungan baki negatif
Perlindungan pelabur maksima Tiada lesen perbankan
Informasi finansial terbuka kepada umum Tidak tersenarai di bursa saham

Adakah tastyworks di bawah regulasi?

Ya, ia dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC), Lembaga Pengawalseliaan Industri Kewangan (FINRA) dan Persatuan Niaga Masa Depan Nasional.

Adakah tastyworks selamat?

Untuk memastikan keselamatan laman, kami menyarankan agar anda memeriksa dua fakta utama ini:

  • apakah perlindungan bagi anda, sekiranya ada sesuatu yang berlaku
  • latar belakang broker

Bagaimana anda dilindungi

Perlindungan pelabur tastyworks
Asal klien Jumlah perlindungan Pengawalselia Entiti
Klien global $500,000 ($250,000 had tunai) FINRA, SEC tastyworks, Inc.
Klien Australia Tiada perlindungan ASIC tastyworks Australia Pty Ltd

Kesemua pelanggan tastyworks terjaga di bawah entitinya di AS, yang dikawal selia oleh SEC dan FINRA kecuali bagi penduduk Australia, di mana mereka dilindungi ASIC.

Ini hal yang penting kerana dengan cara ini anda layak mendapat perlindungan pelabur dari AS melalui SIPC, iaitu sebuah dana perlindungan pelabur. Kelebihan ini berpihak kepada anda sebagai pelabur, baik baru atau lama. Ia juga melindungi anda daripada kehilangan wang tunai atau sekuriti sekiranya broker anda muflis. Had perlindungan pelabur di bawah SIPC adalah $500,000, yang juga merangkumi had $250,000 untuk pelaburan wang tunai.

Warganegara bukan AS yang berdaftar dengan tastyworks akan diberikan hak yang sama dengan rakyat AS sekiranya berlaku sesuatu. Jumlah $500,000 / $250,000 jauh lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan oleh kebanyakan skim perlindungan pelabur dari Eropah.

Namun, bukan semua pelaburan dilindungi oleh SIPC. Secara umumnya, SIPC melindungi pelaburan nota, saham, bon, saham amanah dan saham syarikat pelaburan, serta sekuriti berdaftar yang lain. Ia tidak merangkumi instrumen seperti kontrak pelaburan tidak berdaftar, perkongsian terhad tidak berdaftar, kontrak anuiti tetap, matawang, dan penerimaan bunga hasil komoditi emas, perak, atau kontrak niaga masa depan komoditi lain atau opsyen komoditi.

Pelanggan Australia tidak dilindungi oleh skim pelabur ini.

Hanya satu kelemahan skim ini, iaitu ketiadaan perlindungan baki negatif.

Latar belakang

tastyworks ditubuhkan pada tahun 2017. Semakin lama rekod prestasi sesebuah aman broker, semakin terbukti yang ianya mampu mengatasi krisis kewangan yang boleh membahayakan pelaburan anda. Mengikut tanda aras ini, tastyworks masih lagi baru dalam dunia dagangan.

Cari broker selamat

Ulasan tastyworks
Keputusan

Layari laman webtastyworks untuk dapatkan maklumat lanjut.

or
Bandingkan dengan ulasan pesaing terdekat: eToro

tastyworks adalah broker yang sesuai bagi dagangan opsyen. Namun, ianya sedikit rumit bagi mereka yang mahu berdagang saham.

Yuran dagangan tastyworks adalah rendah. Yuran dagangan stok dan ETF pula adalah percuma. Ini adalah platform dagangan yang dikhaskan buat pedagang opsyen yang berpengalaman. Ini mungkin sedikit menggentarkan orang baru. Akan tetapi, laman didikan dagangan serta instrumen kajian pasarannya sesuai untuk yang baru belajar berdagang. Proses deposit dan pengeluaran boleh diperbaiki, dan penambahan akaun demo akan diterima baik oleh semua. 

Memandangkan laman ini tidak mempunyai sebarang had deposit minimum, yuran ketidakaktifan ataupun yuran bulanan, proses pembukaan akaun di sini cukup mudah. Jika ada masa, cubalah tastyworks.

Lawati broker

Share

Comments

×