Rumusan
Disyorkan untuk pedagang yang berminat dengan dagangan sosial (iaitu menyalin sistem dan strategi perdagangan orang lain) serta dagangan saham tanpa komisyen.
eToro merupakan syarikat teknologi kewangan dan broker perdagangan sosial dari Israel yang telah diperkenalkan pada tahun 2007.
eToro menawarkan perkhidmatan di UK menerusi kawalan selia Financial Conduct Authority (FCA) dan di Autralia menerusi kawalan selia Autralian Securities and Investment Commission (ASIC). Semua pelanggan lain dilayan oleh unit Cyprus yang dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC).
eToro tidak disenaraikan dalam sebarang bursa saham, tidak berkongsi laporan tahunan, dan tidak memiliki bank induk.
eToro boleh dikatakan selamat kerana dikawal selia oleh pihak berkuasa kewangan peringkat tertinggi dan syarikat teknologi kewangan ternama di UK dan Australia.
Penafian: CFD merupakan sebuah alat rumit yang mempunyai risiko kerugian wang yang tinggi disebabkan faktor tawar-menawar. 67% daripada akaun dagangan runcit mengalami kerugian wang dalam perdagangan CFD menerusi pengeluar ini. Anda perlu meneliti sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan jika anda mampu mengambil risiko kerugian wang yang tinggi.
Kelebihan dan kekurangan eToro
eToro menawarkan perdagangan saham bebas-komisen. Pembukaan akaun adalah pantas dan mudah. Landasan ini mempunyai fungsi terkini seperti perdagangan sosial, yakni fungsi yang membolehkan anda mencontohi perancangan pedagang lain.
Kekurangan eToro adalah yuran bukan-dagangan yang tinggi memandangkan wujudnya yuran pengeluaran dan yuran tak aktif. Pengeluaran wang boleh menjadi perlahan dan hanya boleh dikeluarkan menerusi mata wang USD. Kekurangan terakhir adalah kesukaran untuk menghubungi pusat khidmat pelanggan.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Perdagangan saham dan ETF percuma | • Yuran bukan-dagangan tinggi |
• Pembukaan akaun mudah | • Satu mata wang dasar akaun |
• Pengalaman perdagangan sosial | • Khidmat pelanggan yang boleh diperbaiki |
🗺️ Negara regulasi | UK, Cyprus, Australia |
💰 Kelas yuran perdagangan | Rendah |
💰 Yuran ketidakaktifan | Ada |
💰 Yuran pengeluaran wang | $5 |
💰 Deposit minima | $200 |
🕖 Tempoh pembukaan akaun | 1 hari |
💳 Pendepositan dengan kad bank | Ada |
👛 Pendepositan dengan e-wallet | Ada |
💱 Jumlah matawang asas yang tersokong | 1 |
🎮 Akaun demo | Ada |
🛍️ Produk yang ditawarkan | Stock, ETF, Forex, CFD, Crypto |
Ulasan eToro
Imbuhan
or
eToro menawarkan perdagangan saham dan ETF secara percuma, manakala yuran forex dan CFD adalah pada kadar rendah. Kelemahan eToro adalah yuran bukan-dagangan yang tinggi, termasuklah yuran pengeluaran $5 dan yuran tidak aktif.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Yuran dagangan rendah | • Yuran bukan-dagangan tinggi |
• Perdagangan saham dan ETF percuma | |
• Yuran forex dan CFD rendah |
Cara kami tentukan kedudukan yuran
Kami menentukan kedudukan yuran eToro sebagai rendah, sederhana, dan tinggi berdasarkan perbandingan dengan semua broker yang telah diulas.
Perkara pertama yang perlu diketahui adalah asas berkaitan yuran broker, yakni yuran perdagangan dan yuran bukan-dagang.
- Yuran perdagangan adalah bayaran yang dikenakan sewaktu anda berdagang, seperti komisen, kadar penyebaran, kadar kewangan, dan yuran pertukaran.
- Yuran bukan-dagang termasuklah bayaran yang tidak berkaitan secara langsung dengan perdagangan, seperti yuran pengeluaran atau yuran tak aktif.
Dalam bahagian seterusnya, anda akan ketahui yuran paling lazim oleh eToro untuk setiap taraf aset. Contohnya, bagi perdagangan forex dan saham, yuran paling penting adalah kadar penyebaran, komisen, dan kadar kewangan.
Kami juga membandingkan yuran eToro dengan dua broker yang paling mirip, yakni XTB dan Trading 212. Pemilihan ini berdasarkan faktor utama seperti produk yang ditawarkan, latar belakang pelanggan, bentuk yuran, dan sebagainya. Dapatkan maklumat lanjut mengenai pesaing terdekat eToro.
Perjalanan dapatkan gambaran jelas mengenai eToro dimulakan dengan yuran perdagangan.
Yuran perdagangan eToro
Adakah berbaloi? Yuran perdagangan eToro adalah rendah.
Membandingkan yuran perdagangan broker CFD bukanlah perkara yang mudah. Jadi, bagaimana kami melakukan perbandingan yang jelas? Kami melakukan perbandingan dengan menghitung semua yuran perdagangan lazim bagi produk tertentu.
Untuk itu, kami telah memilih perkara yang paling dikenali menerusi setiap taraf aset:
- Ukuran saham CFD: SPX dan EUSTX50
- Saham CFD: Apple dan Vodafone
- Forex: EURUSD, GBPUSD, AUDUSD, EURCHF, dan EURGBP
Pedagangan yang lazim adalah membeli kedudukan yang ditawarkan, memilikinya selama satu minggu, lalu menjualnya semula. Untuk jumlah tersebut, kami telah memilih kedudukan $2,000 bagi kedudukan saham dan saham CFD. Bagi jual beli forex pula, kami telah memilih kedudukan $20,000. Jual beli yang kami gunakan adalah:
- 20:1 untuk ukuran saham CFD
- 5:1 untuk saham CFD
- 30:1 untuk forex
Ini merupakan penanda aras yuran menyeluruh yang merangkumi kadar penyebaran, komisen, dan kos kewangan untuk semua broker. Ini yang boleh kami simpulkan mengenai yuran eToro.
Yuran saham dan yuran ETF
eToro menawarkan perdagangan saham sebenar komisen-sifar. Sejak Mei 2020, perkara ini sah di seluruh dunia, kecuali pelanggan dari Australia, dimana mereka hanya boleh berdagang saham bebas-komised dari US. Perkara penting yang harus diketahui oleh para pedagang adalah fungsi percuma ini membolehkan pembelian saham sebenar, bukan produk CFD dan penggunaan jual beli adalah tidak dibenarkan. Pada suatu masa dulu, eToro secara amnya dikenali sebagai broker CFD yang membolehkan anda berdagang saham, ETF, dan CFD jika anda menetapkan kadar jual beli melebihi satu. Untuk produk CFD ini, eToro menawarkan yuran rendah, contohnya, kadar penyebaran(perbezaan antara harga yang diminta dan harga yang ditawarkan) juga adalah rendah.
eToro | XTB | Trading 212 | |
---|---|---|---|
Saham US | $0.0 | $10.0 | $0.0 |
Saham UK | $0.0 | $12.0 | $0.0 |
Saham German | $0.0 | $12.0 | $0.0 |
Yuran CFD
Secara amnya, eToro mempunyai yuran perdagangan CFD yang rendah.
eToro | XTB | Trading 212 | |
---|---|---|---|
Yuran CFD ukuran S&P 500 | $1.7 | $1.5 | $4.1 |
Yuran CFD ukuran Europe 50 | $2.9 | $1.8 | $6.3 |
Yuran CFD Apple | $6.7 | $17.3 | $17.5 |
Yuran CFD Vodafone | - | $20.8 | $17.3 |
Yuran Forex
Yuran forex eToro adalah rendah.
eToro | XTB | Trading 212 | |
---|---|---|---|
Penanda aras yuran EURUSD | $8.7 | $8.5 | $26.0 |
Penanda aras yuran GBPUSD | $8.1 | $6.1 | $20.3 |
Penanda aras yuran AUDUSD | $7.9 | $6.7 | $15.0 |
Penanda aras yuran EURCHF | $12.9 | $9.0 | $17.5 |
Penanda aras yuran EURGBP | $12.9 | $8.3 | $24.8 |
Yuran bukan perdagangan
eToro mempunyai yuran bukan-dagangan pada kadar sederhana, memandangkan broker ini mengenakan bayaran sebanyak $10 sebulan apabila akaun tidak aktif selepas satu tahun. Tetapi, bayaran tersebut boleh dielakkan dengan mendaftar masuk ke akaun anda. Baru-baru ini, yuran pengeluaran pula telah dikurangkan kepada $5.
eToro | XTB | Trading 212 | |
---|---|---|---|
Yuran akaun | No | No | No |
Yuran tak aktif | Yes | Yes | No |
Yuran deposit | $0 | $0 | $0 |
Yuran pengeluaran | $5 | $0 | $0 |
Ulasan eToro
Pembukaan akaun
or
Membuka akaun dengan eToro adalah mudah dan pantas.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Pantas | • Tiada |
• Digital sepenuhnya | |
• Mempunyai kadar deposit minimum yang rendah |
Boleh saya membuka akaun?
Berapa deposit minima untuk buka akaun eToro?
Untuk sementara waktu, eToro telah menaikkan deposit minima pada bulan Februari disebabkan pasaran yang tidak menentu pada waktu itu. Tetapi, deposit minima telah diturunkan semula dan berkuatkuasa 8 Mac 2021, eToro menetapkan $200 sebagai deposit minima.
Harus dimaklumkan bahawa jumlah minima untuk pindahan bank adalah $500.
Terdapat beberapa negara yang menetapkan deposit minima berbeza, seperti:
- Jika anda dari Israel, deposit minima adalah $10,000.
- Bagi penduduk Australia dan US, deposit minima kali pertama adalah $50.
- Bagi penduduk China, Hong Kong, dan Macau, deposit minima adalah $500.
- Penduduk negara yang disenaraikan perlu membayar deposit minima sebanyak $1000: India, New Zealand, Rusia, Ukrain, Arab Saudi, Korea Selatan, Bulgaria, Lithuania, Greek, Slovakia, Colombia, Hungary, Peru, Estonia, Latvia, Iceland, Malta, Argentina, Slovenia, Kuwait, Luxembourg, Costa Rica, Jordan, Oman, Isle of Man, Qatar, Maghribi, Republik Dominica, Ecuador, Taiwan, Guernsey, Bahrain, Uruguay, Bolivia, Jersey, Croatia, Kenya, Mesir, Wilayah Palestin, Gilbraltar, Kepulauan Cayman, Pulau Reunion, Kazakhstan, Azerbijian, Georgia, Senegal, Polynesia Perancis.
Jenis akaun
eToro menawarkan dua jenis akaun mudah: akaun langsung dan akaun contoh(atau akaun maya). Akaun contoh digunakan sebagai landasan cubaan sebelum melakukan sebarang dagangan.
Cara membuka akaun
Proses membuka akaun adalah sangat mudah, pantas, dan sepenuhnya digital. Masa yang diambil untuk membuka akaun adalah satu hari sahaja.
Anda perlu mendaftar menggunakan akaun emel, Facebook, atau Google+. Apabila sudah mendaftar menggunakan salah satu akaun tersebut, anda boleh mula berdagang menggunakan akaun contoh dengan nilai contoh $100,000.
Jika anda ingin meneruskan perdagangan menggunakan wang sebenar, anda perlu mengesahkan pengenalan diri anda dengan memuat naik dokumen berkenaan:
- Pengesahan pengenalan diri: salinan pasport atau kad pengenalan.
- Pengesahan tempat tinggal: salinan bil atau penyata bank.
Ulasan eToro
Deposit dan pengeluaran
or
Proses deposit adalah percuma dengan pelbagai cara, termasuk menggunakan kad kredit. Yuran pengeluaran dikenakan untuk proses pengeluaran dan hanya boleh menggukan akaun USD.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Boleh menggunakan kad kredit/debit | • Satu mata wang dasar akaun |
• Tiada yuran deposit | • Yuran pengeluaran sebanyak $5 |
• Mesra pengguna | • Yuran pertukaran untuk deposit bukan USD |
Mata wang dasar akaun
eToro hanya membenarkan akaun USD, yakni wang anda akan ditukarkan oleh eToro kepada USD. Contohnya, jika anda melakukan deposit dalam bentuk EUR menerusi pindahan bank, yuran sebanyak 50 pip akan dikenakan (kira-kira 0.46% daripada jumlah deposit) dan yuran yang sama juga dikenakan apabila anda melakukan pengeluaran dalam bentuk EUR menerusi pindahan bank. Untuk kaedah lain seperti kad kredit, yuran lebih tinggi dikenakan kepada sesetengah mata wang berbeza. Anda boleh melakukan deposit dalam bentuk USD menggunakan kad kredit. Untuk kaedah ini, pihak bank akan melakukan pertukaran mata wang menggunakan kadar yang ditetapkan oleh pihak bank sendiri.
eToro | XTB | Trading 212 | |
---|---|---|---|
Jumlah mata wang dasar | 1 | 5 | 9 |
Mengapa perkara ini penting? Untuk dua perkara. Jika mata wang dalam akaun anda adalah sama dengan mata wang akaun bank, atau, jika anda perdagangkan aset menggukan mata wang yang sama dengan mata wang dasar akaun, anda tidak perlu membayar yuran pertukaran.
Cara mudah untuk mengelakkan yuran pertukaran adalah dengan mambuka akaun mata wang pelbagai dengan bank digital. Bank digital menawarkan akaun bank dalam pelbagai mata wang di samping kadar pertukaran mata wang yang rendah atau kadar pindahan bank antarabangsa yang rendah. Pembukaan akaun bank digital cuma mengambil masa beberapa minit sahaja menggunakan telefon bimbit anda.
Tetapi, eToro menyatakan bahawa anda boleh menggunakan akaun Revolut untuk deposit dan pengeluaran dalam GBP dan EUR. Pembayaran Revolut tidak boleh dilakukan dalam bentuk USD. Ini bermaksud yuran pertukaran eToro masih dikenakan.
Yuran deposit dan lain-lain kaedah
Terdapat pelbagai pilihan deposit, tetapi, pilihan ini tidak diperkenalkan di beberapa negara:
- Pindahan bank
- Kad debit/kredit
- PayPal
- Skrill
- Neteller
- China UnionPay
- Klarna / Sofort Banking
eToro | XTB | Trading 212 | |
---|---|---|---|
Pindahan bank | Yes | Yes | Yes |
Kad debit/kredit | Yes | Yes | Yes |
Dompet maya | Yes | Yes | Yes |
eToro menetapkan syarat khas untuk beberapa negara, yakni deposit pertama perlu dilakukan menggunakan kad kredit/debit atau pindahan bank. Hanya deposit seterusnya boleh dilakukan menerusi dompet maya.
Wang menerusi pindahan bank mengambil masa sebanyak 4-7 hari bekerja, dan tiada jumlah deposit maksima yang ditetapkan. Jika dibandingkan dengan kad kredit/debit dan dompet maya, walaupun deposit boleh dilakukan dengan kadar segera, setiap transaksi mempunyai had tersendiri: $40,000 untuk kad kredit/debit, dan $10,000 atau $30,000 (Klarna) untuk dompet maya.
Anda hanya boleh melakukan deposit menggunakan sumber di bawah nama anda sendiri.
eToro tidak mengenakan yuran deposit, tetapi mengenakan yuran pertukaran, yang mungkin agak tinggi. Contohnya, kadar boleh mencecah 2.4% untuk deposit EUR menggunakan kad. Harus diingatkan yang yuran 50 pip tidak menunjukkan peratusan yang sama dalam pertukaran AUD dan USD. Jadual di bawah turut menunjukkan anggaran peratusan.
USD | EUR | GBP | AUD | |
Pindahan bank | Tiada | 50 pip, sekitar 0.46% daripada jumlah deposit | 50 pip, sekitar 0.4% daripada jumlah deposit | 50 pip, sekitar 0.77% daripada jumlah deposit |
Lain-lain kaedah | Tiada, bank akan mengenakan bayaran untuk pertukaran, jika kad anda bukan dalam USD. | 250 pip, sekitar 2.4% daripada jumlah deposit | 50 pip, sekitar 0.4% daripada jumlah deposit | 100 pip, sekitar 1.56% daripada jumlah deposit |
Yuran pengeluaran eToro dan lain-lain pilihan
eToro mengenakan yuran pengeluaran sebanyak $5, yang dikira tinggi jika dibandingkan dengan broker CFD yang lain. Selain itu, eToro juga mempunyai jumlah minima $30 untuk pengeluaran.
Pilihan pengeluaran adalah sama dengan pilihan pendanaan, yakni wang boleh dikeluarkan menggunakan pindahan bank, kad kredit/debit atau dompet maya. Kaedah ini lebih kurang sama dengan broker CFD yang lain.
eToro | XTB | Trading 212 | |
---|---|---|---|
Pindahan bank | Yes | Yes | Yes |
Kad kredit/debit | Yes | No | Yes |
Dompet maya | Yes | No | Yes |
Yuran pengeluaran | $5 | $0 | $0 |
Berapa lama masa yang diambil untuk mengeluarkan wang daripada eToro?
Kami telah menguji pengeluaran menggunakan pindahan bank, dan pengeluaran tersebut mengambil masa 2 hari bekerja.
Bagaimana caranya untuk mengeluarkan wang daripada eToro?
- Tekan pada butang ‘Pengeluaran’ di menu sebelah kiri.
- Masukkan jumlah wang yang ingin dikeluarkan(USD).
- Lengkapkan boring pengeluaran elektronik.
- Tekan ‘Hantar’.
Anda hanya boleh melakukan pengeluaran kepada akaun di bawah nama anda sendiri.
Ulasan eToro
Landasan dagangan web
or
eToro menawarkan landasan perdagangan web yang rapi dan mesra pengguna. Perdagangan sosial turut ditawarkan di landasan ini. Fungsi perubahan adalah terhad.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Mesra pengguna | • Fungsi perubahan terhad (untuk carta, tempat bekerja) |
• Laporan yuran jelas | |
• Daftar masuk dua-kaedah (lebih selamat) |
Platform perdagangan | Skor | Ada |
---|---|---|
Web | 4.4 stars | Ya |
Mudah alih | 4.9 stars | Ya |
Desktop | - | Tidak |
Landasan eToro adalah seperti sebuah landasan yang selari dengan peredaran zaman.
Landasan perdagangan web ini disediakan dalam pelbagai bahasa:
Arab | Cina(mudah) | Cina(tradisional) | Czech | Denmark |
Belanda | Inggeris | Finland | Perancis | German |
Itali | Melayu | Norway | Poland | Portugis |
Romania | Rusia | Sepanyol | Sweden | Vietnam |
Thailand |
Rupa dan rasa
Landasan perdagangan eToro mempunyai rupa yang memuaskan. Reka bentuk yang rapi dipadankan dengan fungsi yang menarik telah digabungkan dengan jayanya. Menu dan butang ditempatkan dengan baik, setiap perkara dinamakan dengan tepat, dan warnanya amat memikat.
Namun begitu, adalah sukar untuk mengubah landasan mengikut keselesaan memandangkan setiap bahagian adalah pegun kecuali senarai pantau yang mudah untuk dikendali.
Daftar masuk dan keselamatan
eToro mempunyai sistem daftar masuk dua-langkah yang lebih selamat. Fungsi ini menjadikan proses daftar masuk sedikit sukar, tetapi lebih menjamin keselamatan.
Fungsi carian
Carian tersedia dengan ramalan berkesan dan mudah untuk digunakan. Cuma perlu taip nama syarikat atau produk dan anda akan dapat keputusan yang diinginkan. Anda juga boleh melakukan carian menggunakan tiket.
Membuat pesanan
Cara membuat pesanan yang langsung tidak sulit.
Anda boleh guna jenis pesanan berikut: pasaran, had, henti-rugi, ekoran henti-rugi.
Jika anda tidak berapa mahir dalam mengenali jenis pesanan, boleh baca mengenainya di sini..
Amaran dan pemberitahuan
Anda boleh tetapkan amaran harga dan pemberitahuan dengan mudah. Fungsi amaran eToro akan memberitahu anda apabila aset mencapai harga sasaran, dan anda juga akan memperoleh pemberitahuan apabila pesanan anda telah dipenuhi. Pada landasan web, fungsi ini boleh dijumpai menerusi ikon kemaskini atau pemberitahuan pelayar. Pada telefon bimbit, boleh didapati dalam bentuk paparan pemberitahuan.
Laporan portfolio dan yuran
Sebagai pedagang, anda pasti ingin ketahui keadaan portfolio dan jumlah yuran yang perlu ditanggung. Anda boleh meneliti laporan portfolio dalam pelbagai bentuk: senarai aset atau carta pi yang menunjukkan portfolio terkini.
Mencari laporan yuran adalah sedikit sukar, pada peringkat awal. Tekan butang ‘Portfolio’ dan pergi kepada ‘Sejarah’. Di bawah ikon gear yang terletak di bahagian atas kanan, anda boleh memasuki dan muat turun penyata akaun. Penyata tersebut merupakan laporan terperinci yang menunjukkan aliran tunai, termasuk yuran. Apabila anda mengikuti seseorang, anda dapat melihat kesemua laporan dagangan yang berbeza. Namun begitu, laporan ini hanya menyenaraikan tanpa menghitung jumlah yuran.
Ulasan eToro
Landasan dagangan mudah alih
or
Platform mudah alih eToro direka dengan baik dan intuitif. Senang digunakan.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Mesra pengguna | • Tiada log masuk Touch/Face ID |
• Log masuk dua langkah (lebih selamat) | |
• Fungsi carian yang baik |
Platform dagangan mobile eToro ditawarkan bagi pengguna iOS dan Android. Kami mengujinya dengan sistem iOS.
Ianya boleh didapati dalam kesemua 21 bahasa yang ditawarkan pada platform dagangan webnya.
Platform mobilenya mempunyai fungsi-fungsi yang sama sepertimana laman webnya. Ianya menggunakan pilihan fungsi intuitif khas mobile seperti notifikasi push dan interaksi sentuhan. Contohnya, anda boleh meleret ke kiri atau kanan dalam portfolio dagangan anda untuk mengakses carta atau membuka pesanan baru.
Ulasan eToro
Landasan dagangan web komputer
eToro tidak menawarkan perkhidmatan landasan perdagangan computer.
Ulasan eToro
Pasaran dan produk
or
Dengan eToro, anda boleh perdagangkan CFD dan forex, termasuklah saham sebenar, ETF, dan pelbagai kripto. Perkhidmatan inovatif seperti perdagangan sosial dan CopyPortfolio juga disediakan.
Secara amnya, eToro adalah broker CFD dan forex. Tetapi, pada masa yang sama, anda juga boleh perdagangkan saham sebenar, ETF, dan pelbagai mata wang kripto berbeza. eToro juga mempunyai fungsi menarik seperti perdagangan sosial(Copy People) dan CopyPortfolio.
Maklumat mengenai pasaran dan produk eToro akan dipecahkan secara terperinci.
Semua pembelian bukan-tawaran untuk ekuiti, ETF, mata wang kripto didagangkan sebagai aset sebenar. Ini bermaksud apabila anda membeli saham, ETF, atau kripto tanpa sebarang tawaran (contoh: tawaran ditetapkan kepada satu), anda akan membeli saham, ETF, dan kripto sebenar, bukan CFD.
Kedudukan CFD lain:
- kedudukan pembelian tawaran dan semua kedudukan jualan saham, ETF, dan kripto.
- semua kedudukan forex, komoditi, dan indek
Dalam CFD, selain cara perdagangan tradisional, anda boleh:
- ikut dan contohi cara perdagangan pedagang lain (ini adalah Copy People, yang juga dipanggil perdagangan sosial)
- labur di dalam portfolio CFD terkumpul (ini adalah CopyPortfolio).
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai CFD, baca petua perdagangan CFD kami.
Penafian: CFD merupakan sebuah alat rumit yang mempunyai risiko kerugian wang yang tinggi disebabkan faktor tawar-menawar. 67% daripada akaun dagangan runcit mengalami kerugian wang dalam perdagangan CFD menerusi pengeluar ini. Anda perlu meneliti sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan jika anda mampu mengambil risiko kerugian wang yang tinggi.
Dengan eToro, anda boleh berdagang dengan purata jumlah produk. Perkara sama juga digunapakai untuk pasangan mata wang dan komoditi. Selain itu, eToro menawarkan pelbagai jenis saham dan ETF CFD berbanding pesaing terdekat, dan anda juga boleh berdagang dengan palbagai mata wang kripto terkenal.
eToro | XTB | Trading 212 | |
---|---|---|---|
Pasangan mata wang (#) | 47 | 49 | 167 |
Kedudukan saham CFD (#) | 13 | 42 | 23 |
Saham CFD (#) | 2,000 | 1,800 | 1,700 |
ETF CFD (#) | 145 | 114 | 28 |
CFD Komoditi (#) | 14 | 22 | 26 |
Bon CFD (#) | - | - | - |
Kripto (#) | 16 | 25 | 16 |
Anda boleh mengubah kedudukan tawaran asal produk.
Mengubah kedudukan tawaran dengan sendiri adalah fungsi yang amat berguna apabila anda ingin merendahkan risiko perdagangan. Contohnya, daripada berdagang dengan tawaran 5:1, cuba berdagang dengan tawaran 2:1 bagi saham CFD. Berhati-hati dengan perdagangan forex dan CFD, memandangkan tahap tawaran yang sudah ditetapkan adalah tinggi.
CopyTrader
eToro mempunyai dua inovasi, yakni CopyTrader dan CopyPortfolio. Kedua-duanya adalah hebat.
CopyTrader adalah fungsi perdagangan sosial. Ini adalah fungsi istimewa eToro. Fungsi ini membolehkan anda menyalin portfolio pedagang lain yang juga menggunakan eToro. Perkara ini amat berguna kerana anda boleh melihat profil para pedagang eToro dan semak prestasi terdahulu secara bulanan dan tahunan. Portfolio merupakan maklumat awam. Tambahan lagi, eToro turut memaparkan tahap risiko bagi setiap pedagang. Terdapat pelbagai maklumat yang turut dipaparkan bagi setiap profil, seperti dagangan mingguan, purata waktu pegangan, carta prestasi, dan juga maklumat profil terperinci termasuklah komen di ruang suapan. Bayangkan Facebook, tapi gantikan petikan inspirasi dengan petikan pemasaran.
Jumlah minimum yang boleh anda laburkan dalam satu perdagangan adalah $ 200, sementara maksimum adalah $ 500,000. Selain itu, anda boleh menyalin maksimum 100 peniaga secara serentak.
Terdapat satu kelemahan CopyTrader: anda tidak boleh menutup sebahagian daripada kedudukan anda, hanya jumlah penuh.
Penafian: Paparan harga; harga pasaran terkini yang dipaparkan di laman dagang eToro. Prestasi terdahulu tidak menunjukkan keputusan masa hadapan. Sejarah perdagangan yang dipaparkan berusia kurang 5 tahun dan tidak sesuai untuk dijadikan asas keputusan perdagangan. Catatan ini bukan sebuah nasihat pelaburan.
CopyPortfolio
CopyPoftfolio adalah portfolio CFD yang berselindung di sebalik nama dana pelaburan. Jika dengan CopyTrader anda boleh mencontohi satu pedagang, CopyPortfolio membenarkan anda melakukan pelaburan dalam tema atau portfolio pedagang terbaik eToro.
- Melabur dalam tema bermaksud melakukan pelaburan dalam bank terkemuka atau mata wang kripto. Cryto Portfolio, contohnya, mempunyai matawang kripto terbesar yang didukung modal pasaran.
- Cara lain untuk melabur menggunakan CopyPortfolio adalah dengan melabur dalam poerfolio yang mempunyai beberapa pedagang hebat.
- Terdapat CopyPortfolio untuk kripto juga.
Penafian: Paparan harga; harga pasaran terkini yang dipaparkan di laman dagang eToro. Prestasi terdahulu tidak menunjukkan keputusan masa hadapan. Sejarah perdagangan yang dipaparkan berusia kurang 5 tahun dan tidak sesuai untuk dijadikan asas keputusan perdagangan. Catatan ini bukan sebuah nasihat pelaburan.
Kadar CFD dipaparkan dengan jelas bagi CopyPortfolio tertentu, Anda boleh semak prestasi, pengagihan aset, dan teliti strategi pemasaran. CopyPortfolio dicipta berlandaskan tema oleh algoritma eToro atau oleh rakan kerja luar eToro. Perkara ini kedengaran rumit, tetapi kesimpulannya, perkara ini membolehkan anda melabur dengan mudah dalam dana-quasi. Jumlah pelaburan minima untuk CopyPortfolio adalah $5,000. eToro juga akan semak pengetahuan kewangan anda untuk memastikan jika CopyPortfolio adalah sesuatu sesuai dengan anda.
Saham dan ETF
Jika anda membeli saham atau ETF tanpa tawar menawar, anda sedang membeli aset sebenar, bukan CFD. Selalunya, fungsi ini tidak ditawarkan oleh broker CFD atau forex. Dalam hal ini, eToro telah membuka peluang untuk 17 pasaran saham adalah hebat. Tetapi, jika dibandingkan dengan broker saham seperti Saxo Bank(-35 pasaran) atau Interactive Brokers (-80), maka 17 pasaran saham itu tidaklah begitu memberansangkan. Jika anda menjual saham yang bukan milik muthlak anda, anda sedang melakukan perdagangan CFD.
eToro | XTB | Trading 212 | |
---|---|---|---|
Pasaran saham (#) | 17 | 17 | 7 |
ETFs (#) | 145 | 220 | 200 |
Dengan eToro, anda mempunyai peluang untuk berdagang dalam 17 pasaran saham:
- Amsterdam
- NYSE
- Nasdaq
- Euronext Brussels
- Euronext Lisbon
- Frankfurt
- London
- Paris
- Madrid
- Milan
- Zurich
- Oslo
- Stockholm
- Copenhagen
- Helsinki
- Hong Kong
- Saudi Arabia
Tetapi, anda cuma boleh memperdagangkan saham yang terkenal. Contohnya, jumlah saham yang boleh diperdagangkan dalan Nasdaq dengan eToro adalah 370, yakni 10% daripada senarai syarikat di dalam pasaran saham Nasdaq.
Kenapa perkara ini penting? Jika anda memperdagangkan saham terkenal, seperti Microsoft arau Apple, mungkin anda tidak akan menyedari jumlah saham kecil yang berkurangan. Dari semasa ke semasa, eToro akan memperkanalkan saham baru untuk diperdagangkan. Contohnya, pada 30 Mac, mereka telah memperkenalkan 185 saham baru. Salah satu daripadanya adalah Zoom Technologies yang sedang tular pada waktu itu. Namun begitu, jika anda perlu tunggu eToro untuk memperkenalkan saham tersebut, anda akan terlepas peluang pelaburan awal.
Mata wang kripto
Mata wang kripto boleh meningkat dengan mendadak. Oleh itu, ini bukanlah pelaburan yang sesuai untuk semua. Memperdagangkan mata wang kripto adalah sesuatu yang tidak diselia oleh mana-mana badan berkanun EU, seperti MiFID. Oleh itu, anda tidak akan mendapat sebarang perlindungan pelabur apabila anda menggunakan Perkhidmatan Perdagangan Mata Wang Kripto eToro.
Bagi mereka yang berada di Amerika Syarikat, satu-satunya produk yang boleh diperdagangkan menggunakan eToro adalah mata wang kripto.
Penafian: Paparan harga; harga pasaran terkini yang dipaparkan di laman dagang eToro. Prestasi terdahulu tidak menunjukkan keputusan masa hadapan. Sejarah perdagangan yang dipaparkan berusia kurang 5 tahun dan tidak sesuai untuk dijadikan asas keputusan perdagangan. Harga paparan: harga pasaran terkini yang dipaparkan di landasan dagang eToro. Produk pelaburan yang sangat tidak menentu dan tidak diselia. Tiada perlindungan pelabur EU. Risiko tinggi terhadap modal anda.
Anda boleh berdagang dengan pelbagai pilihan mata wang kripto menggunakan landasan dagang asas eToro, lebih dari broker lain:
- Bitcoin
- Bitcoin Cash
- Ethereum
- Ethereum Classic
- Ripple
- Litecoin
- Cardano
- IOTA
- TRON
- ZCASH
- Binance coin
- BNB
- Dash
- Stellar
- EOS
- NEO
- Tezos
- XRP
Secara amnya, lagi lama anda bertahan dengan mana-mana kripto, kripto tersebut akhirnya akan menjadi milik muthlak anda. Baca penjelasan CFD eToro untuk keterangan lanjut. Jika anda dari US, baca mengenai pilihan kripto di sini. Kami sarankan anda rencana Brokerchooser mengenai cara melabur dalan Bitcoin 101.
FCA telah malakukan larangan terhadap penjualan berkaitan kripto kepada pelanggan runcit UK bermula 6 Januari 2021.
Ulasan eToro
Kajian
or
eToro mempunyai alat kajian teknikal yang baik. Terdapat beberapa saranan analisa dan panduan sentimen pasaran. Namun, alat kajian eToro tidak mempunyai data asas yang menyeluruh.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Carta interaksi baik | • Tiada dara asas |
• Idea dagangan | • Aliran berita yang kurang memuaskan/tiada |
• Mesra pengguna | |
• Saranan analisa |
Penyelidikan dipaparkan dalam 21 bahasa (bahasa sama yang dipaparkan dalam landasan dagang web dan telefon bimbit).
Saranan
Anda boleh mancari saranan untuk saham terkemuka, seperti kata sepakat pengasalisa (beli/pegang/jual), sasaran harga purata, sentiment dana terhad, dan sentimen dagangan dalaman. Anda juga boleh membaca laporan analisa untuk segelintir kes. Malangnya, penyedikan ini terhad kepada segelintir saham sahaja.
Data asas
Landasan dagang eToro ada menyediakan sedikit data asas. Antaranya adalah maklumat syarikat serta panduan dan nisbah asas seperti P/E, EPS, hasil dividen, dan beta. Data asas hanya disediakan untuk saham sahaja.
Anda akan memperoleh senarai perkara penting yang berkaitan dengan pasaran jika anda daftar untuk dapatkan buletin analisa pasaran harian.
Pencartaan
Alat pencartaan eToro boleh dikatakan agak baik dan anda boleh menggunakan pelbagai petunjuk, seperti petunjuk teknikal 70. Perkara yang kami suka mengenai pencartaan ini adalah simpanan automatik yang akan menjimatkan masa anda daripada menetapkan simpanan secara berulang. Kelemahan fungsi ini adalah anda cuma boleh memperoleh data daripada 6 bulan sebelumnya sahaja.
Suapan berita
Suapan berita bukanlah paparan berita rasmi. Fungsi ini lebih kepada suapan Twitter yang bertemakan pasaran yang memaparkan catatan oleh pengguna dan penganalisa eToro. Tanda pagar (#) digunakan untuk tema dan tanda mata wang ($) digunakan untuk aset. Secara jujurnya, kami tidak begitu meminati fungsi ini, tapi tidak dinafikan fungsi ini menyuntik sedikit sebanyak aspek sosial dalam perdagangan.
Ulasan eToro
Khidmat pelanggan
or
Khidmat pelanggan eToro adalah memuaskan: anda boleh hubungi mereka menggunakan beberapa talian dan memperoleh jawapan dengan cepat dan tepat. Tetapi, and tidak dapat menghubungi mereka pada hujung minggu dan adalah sukar untuk mencari perkhidmatan sembang langsung di laman web. Khidmat pelanggan eToro juga sering tiada dalam talian.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Sembang langsung | • Tiada sokongan telefon |
• Tindak balas pantas | • Tiada sokongan 24/7 |
• Jawapan tepat | • Sembang langsung sering tiada dalam talian |
Anda boleh menghubungi khidmat pelanggan eToro menerusi sembang langsung dan system tiket web. Khidmat pelanggan ini adalah pantas dan berguna apabila kami mengujinya.
Kelemahan khidmat pelanggan ini adalah tidak boleh dihubungi pada hujung minggu, dan agak sukar untuk mencari fungsi sembang langsung kerana kedudukan yang agak tersorok di dalam bahagian FAQ di bawah bahagian pautan ‘Help Center’.
Secara teorinya, khidmat pelanggan eToro disediakan dalam 21 bahasa menerusi laman web dan teledon bimbit. Tetapi, kajian kami mendapati khidmat pelanggan hanya disediakan dalam Bahasa Inggeris.
Ulasan eToro
Pendidikan
or
Alat pendidikan eToro adalah terhad, dan hanya menawarkan satu akaun contoh dan video mengenai pelaburan.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Akaun contoh | • Video pendidikan asas |
• Pengenalan penggunaan landasan |
Anda boleh gunakan akaun contoh sebagai latihan, manakala alatan pendidikan eToro yang lain tidaklah begitu memberansangkan. Terdapat satu video panduan yang menunjukkan cara menggunakan landasan, dan juga video pendidikan asas mengenai pelaburan dan pasaran kewangan.
Isi kandungan yang dibincangkan adalah untuk tujuan pendidikan sahaja, tidak boleh digunakan sebagai nasihat kewangan.
Ulasan eToro
Keselamatan
or
eToro dikawal selia oleh pihak berkuasa kewangan terkemuka sepersi FCA, ASIC, dan CySEC. Tetapi, eToro tidak tersenarai dalam mana-mana bursa saham, tidak memaparkan maklumat kewangan, dan tidak memiliki bank induk.
Kelebihan | Kekurangan |
---|---|
• Memiliki ramai pelanggan daripada pihak berkuasa kewangan | • Tidak memiliki lesen perbankan |
• Perlindungan baki negative | • Tidak disenaraikan dalam bursa saham |
• Dikenali sebagai firma teknologi kewangan terkemuka | • Maklumat kewangan tidak dipaparkan kepada umum |
Adakah eToro dikawal selia?
Ya, eToro dikawal selia oleh Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC), Financial Conduct Authority (FCA) di UK, dan Australian Securities and Investment Commission (ASIC).
eToro terletak di Israel dan diasaskan pada tahun 2007.
Adakah eToro selamat?
Untuk kepastian, kami sarankan anda untuk semak dua perkara:
- bagaimana anda akan dilindungi jika berlaku sesuatu yang tidak diingini
- latar belakang broker
Bagaimana anda dilindungi
eToro beroperasi menggunakan tiga badan sah dan memberikan perkhidmatan kepada pelanggan berdasarkan tempat tinggal mereka. Perkara ini penting kerana tempat tinggal anda menentukan perlindungan yang anda akan peroleh.
- Warganegara United Kingdom boleh membuka akaun eToro (UK) Limited jadi mereka akan dilindingi di bawah FCA. Jika eToro tidak dapat menampung perniagaan, maka pelanggan eToro di UK boleh memperoleh pampasan sebanyak maksima $85,000 yang dijamin oleh Financial Services Compensation Scheme (FSCS).
- Pelanggan Australia pula dikendali oleh eToro Australia, yang dikawal selia oleh pihak berkuasa kewangan ASIC. Tetapi, ASIC tidak memberikan perlindungan pelaburan wajib untuk jumlah tetapan awal.
- Pelanggan lain yang mempunyai akaun dagang langsung dengan eToro(Europe) Limited, yang dikawal selia oleh CySEC di bawah Cypriot, Jumlah perlindungan maksima oleh eToro Europe adalah maksima $20,000. Ini adalah jumlah yang ditetapkan oleh Cypriot Investors Compensation Fund.
Semua pelanggan yang berada di bawah naungan tiga badan khas yang dinyatakan layak memperoleh insurans persendirian eToro. Perlindungan yang bernilai £/$€ 1,000,000 akan melindungi wang tunai, keselamatan, dan CFD. Pengeluar insurans ini adalah Lloyd’s dan akan dikemukakan jika eToro tidak lagi mampu menampung perbelanjaan syarikat. Ini merupakan perkara baik memandangkan bukan semua broker akan memberikan perlindungan tambahan selain perlindungan badan kewangan khas. Perlindungan ini boleh ditarik balik oleh eToro pada bila-bila masa sahaja.
Ini adalah kesimpulan ringkas untuk perbandingan mudah:
Negara pelanggan | Jumlah perlindungan | Badan kawan selia | Badan pengurusan sah |
---|---|---|---|
Inggeris | £85,000 + £1,000,000 | Financial Conduct Authority (FCA) | eToro (UK) Ltd. |
Australia | $1,000,000 | Australian Securities and Investments Commission (ASIC) | eToro AUS Capital Pty Ltd. |
Pelanggan lain | €20,000 + €1,000,000 | Cyprus Securities and Exchange Commission (CySEC) | eToro (Europe) Ltd. |
Tiada perlindungan untuk mata wang kripto.
eToro memberikan perlindungan baki negatif untuk forex dan perdagangan CFD, tetapi hanya untuk pelanggan runcit dari Kesatuan Eropah. Pelanggan profesional dan yang bukan dari Kesatuan Eropah tidak mendapat sebarang perlindungan baki negatif.
Untuk maklumat lanjut, layari laman Peraturan dan Lesen eToro.
Latar belakang
eToro diperkenalkan pada tahun 2007. Tempoh operasi broker membuktikan kemampuan mereka untuk bertahan dengan krisis kewangan. Bagi eToro, ini bererti mereka telah terselamat dari satu krisis. Ini adalah petunjuk yang baik. eToro merupakan syarikat teknologi kewangan persendirian dimana pemiliknya terdiri daripada pelbagai syarikat yang berkongsi modal seperti Commerz Ventures Gmbh, yakni sebahagian daripada Commerzbank dan juga pelabur Israel, US, dan China. eToro diketuai Yoni Assia, pengasas dan CEO terkemuka.
eToro tidak tersenarai dalam mana-mana bursa saham dan tidak mengeluarkan penyata kewangan kepada umum. Oleh itu, adalah sukar untuk mendapatkan maklumat mengenai kedudukan kewangan mereka. Selain itu, eToro juga tidak mempunyai sebarang bank induk yang boleh bantu memberikan modal kepada eToro, jika perlu. Pada masa yang sama, aspek keselamatan eToro di tahap yang baik kerana dikawal selia oleh pihak berkuasa terkemuka.
Ulasan eToro
Keputusan
or
Bagaimana eToro berfungsi? eToro menawarkan perdagangan saham komisen-sifar. Proses pembukaan akaun adalah mudah dan pantas. Terdapat pelbagai fungsi inovatif, seperti perdagangan sosial dan mencontohi pedagang (berjaya) lain.
Sungguhpun begitu, broker ini mempunyai beberapa kelemahan. Antaranya adalah yuran bukan-dagang yang tinggi. eToro hanya membenarkan akaun USD yang menjadikan kos pertukaran untuk deposit dan pengeluaran tinggi bagi sesetengah pihak. Sembang langsung adalah sukar untuk dihubungi dan bahan pendidikan boleh diperbaiki.
Jadi, adakah eToro broker yang baik? Secara amnya, kami akan menyarankan eToro untuk fungsi perdagangan sosial dan perdagangan saham komisen-sifar.
Penafian risiko
eToro adalah landasan aset-pelbagai yang menawarkan perkhidmatan pelaburan saham, aset kripto, dan perdagangan aset CFD.
Penafian: CFD merupakan sebuah alat rumit yang mempunyai risiko kerugian wang yang tinggi disebabkan faktor tawar-menawar. 67% daripada akaun dagangan runcit mengalami kerugian wang dalam perdagangan CFD menerusi pengeluar ini. Anda perlu meneliti sama ada anda memahami cara CFD berfungsi dan jika anda mampu mengambil risiko kerugian wang yang tinggi.
Asetkripto merupakan bahan tidak menentu dan boleh naik dengan mendadak dalam masa yang tingkat. Oleh itu, ini bukanlah pelaburan yang sesuai untuk semua. Selain daripada CFD, memperdagangkan aset kripto tidak dijaga dan dikawal selia oleh mana-mana badan berkanun EU.
eToro USA LLC tidak menawarkan CFD dan tidak menunjukkan sebarang jaminan tanggungjawab terhadap sebarang kesahihan atau ketuntasan maklumat mengenai eToro yang dipaparkan dalam rencana yang telah disediakan oleh rakan kongsi bagi tujuan hebahan umum.
Ulasan eToro
FAQ
How does eToro work?
eToro is primarily a CFD and forex broker, but you can also trade with real stocks, ETFs and many cryptocurrencies. It is well-known for its social trading feature, with which you can follow and copy the portfolio of a trader who also trades with eToro.
Who owns eToro?
At the time of this eToro review, it is a privately held company, therefore it is not required to publish its ownership structure. What we know is that eToro does not have any banking parent company (little chance for a bailout in case of bankruptcy), and it is currently operating under two legal names. The well-known founder and CEO of eToro is Yoni Assia.
eToro is funded by venture capitalists. Here are a few of them:
- Anthemis Group, UK
- BRM Capital, Israel
- CommerzVentures GmbH, Germany
- Cubit Investments, Israel
- MoneyTime Ventures, USA
- Ping An, China
- Spark Capital, USA
Who regulates eToro?
eToro is regulated by financial authorities in Cyprus, the UK and Australia. Corresponding to one of the three entities, eToro operates under:
- eToro (Europe) Ltd. - Cyprus - is regulated by CySEC (the Cyprus Securities and Exchange Commission) under license # 109/10, for servicing EEA (European Economic Area) member states, and countries outside of it.
- eToro (UK) Ltd - UK - is regulated by the UK financial authority, the FCA (Financial Conduct Authority).
- eToro (AUS) Capital Pty Ltd - is regulated by the Australian watchdog, ASIC (Australian Securities and Investments Commission).
- eToro (USA) LLC. - this entity is regulated by state regulators only, as it only concerns crypto trading.
How does eToro make money?
eToro makes money through various fees, and the trading services they provide on their website. Although eToro does not make its financial statements public, the main source of revenue for eToro is likely to be:
- Spreads: Spreads are the gap between the price you and the broker buys/sells at. To put it simply, if an Apple stock costs $100 at market price, eToro will charge $100.1 for it. The difference of $0.1 per CFD is kept by eToro. For further info, read how CFDs work.
- eTtoro overnight fee: For this, you need to understand two things, leveraged trades and loans. Leveraged means that you can trade with more money than you actually have. Let's say you want to trade Apple with 1:10 leverage and you have $10. This means that using leverage you can buy $100 worth of Apple with your ten bucks, as the missing $90 will be lent to you by eToro, which will charge you a fee (interest) for this loan.
- Other non-trading fees: eToro charges fees for several services on their website, which are not directly related to trading, also known as non-trading fees. Some examples of non-trading fees are:
- Withdrawal fees ($5/transaction): pay to withdraw your money
- Conversion fees: pay when eToro converts money to fund your account
Can eToro be trusted?
eToro is regulated by CySEC in Cyprus, ASIC in Australia, and the FCA in the UK. This is a good thing. eToro is not listed on any stock exchange, nor does it publish its financial data. Overall, BrokerChooser's view is that eToro is not a scam, but it is not a fully transparent broker either.
How does eToro copy work?
eToro copy, a.k.a. CopyTrader, is a tool for social trading, which works by you copying the trading decisions of other people, or other people copying your trades. You can search for traders and other users, and see how their portfolio has performed historically. Once you found a trader you like, you can copy their trading decisions, which is handled automatically by the platform. You can decide how much money you want to invest in copying another trader, and you can close your investment whenever you wish. If you want, you can also make money by having other traders copy you.
Are eToro profits taxable?
If you make profits by trading on eToro, these can be subject to taxation laws and regulations. This always depends on the country of your origin. For further information about eToro and taxes, we recommend contacting your local tax authority.
Can I use eToro in the USA? Can I use eToro in Canada?
Currently, people from the USA cannot use all features of eToro because US regulation (the SEC) does not allow brokers to provide CFD instruments (eToro is a CFD broker) for US residents. This means no regulated broker will accept retail clients from the USA to trade CFDs, so it is not only eToro that cannot serve US residents in this field. However, crypto trading is available on eToro in the United States only.
eToro cannot be used by the residents of the following countries:
- United States of America* (residents and citizens, including its incorporated and unincorporated territories)
- Afghanistan
- Albania
- Bahamas
- Barbados
- Belarus
- Bosnia and Herzegovina
- Botswana
- Brunei
- Burundi
- Cambodia
- Canada
- Chad
- Congo Republic
- Crimea Region
- Cuba
- Democratic Republic of the Congo
- Ethiopia
- Fiji
- Ghana
- Guinea
- Guinea-Bissau
- Guyana
- Iran
- Iraq
- Jamaica
- Japan
- Laos
- Libya
- Mali
- Mauritius
- Mongolia
- Montenegro
- Myanmar
- Namibia
- Nicaragua
- North Korea
- North Macedonia
- Pakistan
- Palau
- Samoa
- Serbia
- Somalia
- Sri Lanka
- Sudan
- Syria
- Trinidad and Tobago
- Tunisia
- Turkey
- Uganda
- Vanuatu
- Yemen
- Zimbabwe
*Except for crypto trading.
When will eToro be available in the US?
The US SEC (Securities and Exchange Commission) does not allow CFD instruments to be sold to US citizens. Until this law does not change, eToro's CFD services will not be allowed to operate in the US under its current business model.