12 tip CFD yang akan membantu anda melabur

Our top CFD broker picks for you
Interactive Brokers
4.9
Lawati broker
eToro
4.7
Lawati broker
Your capital is at risk
Our top CFD broker picks for you
Interactive Brokers
4.9
Lawati broker
eToro
4.7
Lawati broker
Your capital is at risk

CFD boleh bantu anda mengecapi sasaran perdagangan dengan cara yang mesra pengguna. Tetapi, CDF tetap mempunyai risiko. Jadi, kami sarankan dagangan CFD untuk pedagang berpengalaman. Pedagang awalan tidak disyorkan. Kali ini, kami telah himpunkan 12 perkara berguna mengenai perdagangan CFD. Kesemua perkara ini akan bantu pedagang bergerak maju dalam pasaran.

Bagi yang belum memahami, perdagangan CFD, secara amnya, adalah membuat ramalan terhadap nilai aset kewangan, seperti kedudukan saham, komoditi, atau pasangan mata wang.

Apabila anda berdagang dengan CFD, anda tidak memiliki aset perdasar kewangan sebenar.

Contohnya, jika anda meramalkan nilai pasaran euro lebih kukuh berbanding pound, maka anda boleh melakukan perdagangan CFD EUR/GBP. Jika nilai EURO meningkat 1% berbanding pound, harga CFD juga akan meningkat sebanyak 1%. Itulah yang dikatakan perjanjian perbezaan atau Contract for Difference.

CFD trading tips - Summary

12 tip CFD yang akan membantu anda melabur dan bertahan di pasaran utama
12 petua dagang CFD

Kami tidak mempunyai rahsia perdagangan berjaya. Petua yang kami berikan adalah untuk membantu dan bukanlah sesuatu yang akan memberikan keuntungan segera. Tetapi, kami percaya yang dengan petua-petua ini, anda boleh melindungi diri daripada melakukan kesalahan lazim dalam perdagangan CFD di samping memperoleh pengalaman berguna.

1. Menggunakan arahan henti-rugi

Peraturan #1: guna arahan henti-rugi. Peraturan #2: guna arahan henti-rugi. Peraturan #3: guna arahan henti-rugi. Petua dagang CFD paling berguna adalah: pastikan anda mengurangkan kerugian dengan menggunakan arahan henti, atau jika handak lebih baik, memastikan arahan henti-rugi. 

2. Gunakan akaun contoh terlebih dahulu

Sebelum anda mula berdagang, kami sarankan anda mulakan kerjaya pedagang CFD dengan akaun contoh yang biasanya disediakan oleh broker. Dengan menggunakan akaun contoh, anda boleh mcuba petua dagang CFD secara percuma. Adalah baik jika anda jalankan dagangan percubaan dengan jumlah wang yang anda akan gunakan sewaktu dagangan sebenar. Menerusi cara ini, anda dapat lihat anggaran pulangan dan lakukan penilaian prestasi. Katakan anda mempunyai $1,000 untuk perdagangan CFD. Masukkan jumlah tersebut dalam akaun contoh dan lihat hasilnya.

3. Lakukan ‘kerja rumah’ anda

Sebelum berdagang, pastikan anda faham perkara penting seperti asas perdagangan CFD dan portfolio dagangan khusus. Jangan mula berdagang sekiranya anda belum memahami perkara seperti arahan had atau arahan pasaran. Jangan sesekali cuba perdagangan forex CFD sebelum anda memahami perbezaan di antara USD/GBP dan GPB/USD. Akhir sekali, jangan cuba untuk jadi pakar dalam semua bidang. Lebih baik jika anda pilih satu atau dua bidang yang anda suka lalu kuasainya.

4. Hadkan manfaat(leverage)

Anda boleh gunakan manfaat, tapi anda perlu ingat, harga yang anda inginkan tidak semestinya anda akan dapat. Jika kadar manfaat terlalu tinggi, pergerakan kecil (sekecil 0.1%) ke arah yang bertentangan mungkin akan memaksa anda untuk menutup kedudukan dan anda tidak akan memperoleh keuntungan jika harga kembali naik dan bergerak ke arah yang anda inginkan. Kadar manfaat seperti 400:1 bukanlah sesuatu yang lazim. Tetapi, di negara seperti EU, penguat kuasa telah menetapkan kadar maksima manfaat kepada 30:1 untuk pasangan mata wang utama. Ini membawa kita ke perkara seterusnya…

5. Guna kedudukan dagang yang betul

Segelintir broker tidak membenarkan anda untuk kurangkan manfaat dengan sendiri. Oleh itu, anda mungkin mahu kurangkan kedudukan dagang. Walau apa pun, anda perlu selalu pastikan anda mengetahui risiko yang perlu dihadapi.

6. Lakukan ‘kerja rumah’ anda

Your neighbor, Wilma, is bragging about how much she made on Bitcoin trading. That doesn’t mean she can repeat her performance; and it certainly doesn’t mean that you should jump right in and start trading Bitcoins like your life depended on it. First things first: read research reports, look up articles on the topic, and do your own analysis – fundamental, technical, or both.

Petua dagang CFD – Analisa teknikal

7. Lakar strategi perdagangan

Pastikan anda mempunyai strategi untuk setiap dagang sebelum anda membukanya. Sebagai contoh, anda perlu tahu bila anda ingin tutup kedudukan dagang, baik sewaktu keadaan pasaran baik atau buruk. Bayangkan prestasi pelaburan anda. Apa akan terjadi sekiranya harga dasar naik 5%? 10%? 50%? Anda perlu fikirkan berapa jumlah kerugian yang anda mampu tanggung, dan berapa jumlah keuntungan yang anda akan berpuas hati terhadap kedudukan tersebut.

8. Jika rugi, lepaskan

Ini adalah bahagian yang sukar. Jika keadaan semakin merosot, pastikan anda tidak mengejar kerugian dan terus bergerak menggunakan strategi yang telah ditetapkan. Anda berkemungkinan besar akan melakukan kasilapan paling besar apabila anda terlalu mengikut perasaan dan cuba untuk dapatkan kembali kerugian yang dihadapi. Contohnya, jika anda telah menetapkan henti-rugi pada 10% di bawah nilai pembelian, anda tidak perlu ubah perancangan ini kerana anda meminati sesuatu saham dan anda yakin saham tersebut akan membuahkan hasil.

9. Manfaat(leverage) dua hala

Manfaat merupakan serampang dua mata – dan ini amat penting. Menggunakan manfaat, anda boleh melabur lebih daripada apa yang anda ada. Ini sememangnya fungsi yang menarik, tetapi merupakan pendekatan yang teliti. Menfaat bukan sahaja mengukuhkan keuntungan, tetapi juga meningkatkan risiko kerugian. Oleh itu, adakah anda bersedia untuk kehilangan segalanya di dalam akaun? Jika tidak, maka anda perlu berhati-hati dengan nisbah manfaat yang anda pilih (jika anda boleh memilih) dan pastikan anda tetapkan saiz kedudukan anda dengan betul.

10. Bersedia untuk menghadapi hari mendung

Ada kalanya kedudukan dagang anda tidak akan berpihak kepada anda, jadi pastikan anda mempunyai wang tunai/ekuiti dalam akaun anda, jikalau anda perlu meningkatkan margin. Ada broker tidak memberikan panggilan margin; mereka hanya akan membubarkan segelintir kedudukan anda apabila jatuh di bawah kadar margin. Perkara ini boleh berlaku pada detik terburuk. Maka dengan itu, anda perlu lakukan segala-galanya agar tidak berlaku.

11. Jangan tumpukan kepada satu perkara sahaja

Dagang CFD akan membuka pintu kepada pilihan pasaran dan aset yang pelbagai. Dengan kepelbagaian yang anda, anda patut terus menceburi pelbagai cabang dagang CFD yang ada. Hanya kerana saham minyak mencanak tinggi, tidak semestinya anda perlu berdagang dengan Exxon, Shell, dan BP termasuklah minyak mentah pada masa yang sama. Jika berlakunya kejatuhan, maka kejatuhan itu akan menyakitkan, kerana semua aset berhubung kait antara satu sama lain. Begitu juga dengan perdagangan CFD. Adalah tidak wajar untuk anda mengharapkan perdagangan CFD sebagai satu-satunya sumber pendapatan kerana hasilnya tidak menentu.

12. Pilih broker CFD yang dipercayai

Mempunyai broker CFD yang baik boleh memberikan hasil perdagangan yang baik. Antaranya adalah imbuhan. Jika anda sering berdagang, maka kemungkinan imbuhan dagang yang perlu anda tanggung adalah tinggi. Bila melakukan perdagangan CFD, kos yang paling penting adalah kos sebaran, yakni perbezaan di antara harga bidaan dan harga permintaan. Pastikan anda mencari broker yang menentukan sebaran yang tidak membebankan keputusan dagang anda. Anda juga perlu menitikberatkan keselamatan, dimana anda perlu sedaya upaya berupaya untuk mengelakkan penipuan.

Kami telah sediakan senarai 5 broker dalam talian terbaik yang menawarkan dagang CFD.

Petua dagang CFD – Broker CFD terbaik
  XTB City Index CMC Markets eToro ActivTrades
Anugerah Broker CFD terbaik   Broker terbaik untuk kripto  
Markah keseluruhan 4.6 4.6 4.6 4.7 4.4

Jika anda ingin lebih maklumat mengenai broker CFD yang sesuai untuk anda? Kami telah lakukan perbandingan dan sediakan jadual sebagai rujukan mudah. Selain itu, anda juga boleh pergi ke ruang pemilih negara untuk ketahui broker mana yang tersedia di negara anda.

Ini merupakan senarai teliti broker terbaik CFD.

XTB

62

  XTB
Rumusan XTB merupakan broker CFD antarabangsa, disenaraikan dalam Warsaw Stock Exchange dan dikawal selia oleh penguatkuasa kewangan termasuk UK FCA, KNF di Poland, dan CySec di Cyprus.
Markah keseluruhan 4.5
Markah imbuhan 4.0
Disyorkan untuk Pedagang forex dan CFD yang mencari imbuhan rendah dan pilihan deposit/pengeluaran baik.

Lawat broker

Petua dagang CFD - XTB - Landasan dagang dalam talian

City Index

66

  City Index
Rumusan City Index merupakan broker CFD antarabangsa, dikawal selia oleh penguatkuasa kewangan termasuk UK FCA, syarikat induk, GAIN Capital yang disenaraikan dalam New York Stock Exchange.
Markah keseluruhan 4.6
Markah imbuhan 3.8 stars
Disyorkan untuk Pedagang forex dan CFD yang mencari imbuhan forex rendah dan bahan kajian baik

Lawat broker

Petua dagang CFD - City Index - Landasan dagang dalam talian

CMC Markets

123

  CMC Markets
Rumusan City Markets merupakan broker CFD dan forex yang berpusat di UK, dikawal selia oleh penguat kuasa kewangan terkemuka termasuk UK FCA
Markah keseluruhan 4.6
Markah imbuhan 3.5
Disyorkan untuk Pedagang forex dan CFD yang mencari landasan dagang tahap maju dengan pelbagai bahan kajian

Lawat broker

Petua dagang CFD - CMC Markets - Landasan dagang dalam talian

eToro

14

  eToro
Rumusan eToro merupakan broker perdagangan sosial antarabangsa, dikawal selia oleh penguat kuasa kewangan terkemuka termasuk UK FCA
Markah keseluruhan 4.5
Markah imbuhan 4.0
Disyorkan untuk Broker awalan dan mereka yang berminat dengan perdagangan sosial(contoh: mencontohi perdagangan para pedagang lain)

Lawat broker

Petua dagang CFD - eToro - Landasan dagang dalam talian

ActivTrades

143

  ActivTrades
Rumusan ActivTrades merupakan broker CFD UK dan forex, dikawal selia oleh UK FCA dan tersedia untuk para pelanggan antarabangsa
Markah keseluruhan 4.4
Markah imbuhan 4.3
Disyorkan untuk Pedagang forex dan CFD yang mencari imbuhan rendah dan syarat deposit/pengeluaran baik

Lawat broker

Petua dagang CFD - ActivTrades - Landasan dagang dalam talian

12 tip CFD yang akan membantu anda melabur dan bertahan di pasaran utama
Apa itu perdagangan CFD?

Dengan petua yang telah kami berikan mengenai perdagangan CFD, adalah baik jika kami berikan juga maklumat mengenai perkara asas.

Apa itu CFD? CFD adalah produk yang nilainya berasal dari nilai aset atau nilai keselamatan lain. Harga CFD akan mengikut pergerakan harga keselamatan dasar. Contohnya, jika Apple membeli saham CFD, harga CFD anda akan meningkat sejajar dengan peningkatan harga saham Apple.

CFD bermula sebagai sejenis pertukaran manfaat ekuiti di London pada era 1990-an, lazimnya digunakan oleh dana lindungan. Pada lewat 1990-an, CDF memasuki pasaran runcit dan pada era 2000-an dan 2010-an, CFD menembusi pertukaran-dagang pertama. Pembersihan-berpusat CFD meletakkan asas kepada peningkatan dinamik. Financial Conduct Authority di UK meramalkan jumlah pedagang CFD akan meningkat 2 kali ganda di antara tahun 2010 dan 2016, dan pelanggan UK memegang sejumlah £3.5 billion di dalam akaun mereka. Namun begitu, risiko yang datang dengan perjanjian perdagangan CFD menyebabkan penguat kuasa memberikan perhatian lebih teliti kepada broker CFD. Australian Securities of Exchange telah menutup perdagangan CFD pada tahun 2014 manakala negara seperti US dan Belgium telah mengharamkan CFD. Penguatkuasa kewangan di Eropah, ESMA, telah memperkenalkan peraturan berkaitan CFD yang lebih ketat.

Contoh di bawah menunjukkan perbandingan kesan untung/rugi bagi kedudukan ekuiti tanpa manfaat dan kedudukan CFD dengan manfaat 10:1. Pembelian ekuiti dan CFD dengan harga dasar (contoh: harga saham Apple) adalah $100.

 

Bagaimana leverage berfungsi

Kelebihan perdagangan CFD

Terdapat 4 perbezaan utama di antara pelaburan keselamatan secara terus dan pembelian CFD. 

  1. Imbuhan dagang rendah. Terdapat negara yang menawarkan imbuhan rendah. Contohnya, jika anda seorang pedagang UK, anda tidak perlu membayar setem hasil seperti yang diperlukan dalam perdagangan saham. Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman perbandingan imbuhan.

    Banding imbuhan CFD

  2. Anda boleh ‘singkat’ kan. Amat mudah untuk ‘singkat’kan menggunakan perdagangan CFD. Ini membolehkan anda untuk mempertaruhkan harga sesuatu keselamatan akan turun, perkara yang rumit atau mustahil untuk pelabur runcit dalam kebanyakkan kelas aset.
  3. Produk dan pasaran luas. Disebabkan sifat CFD, pengelar boleh menawarkan pilihan produk, daripada saham tunggal kepada produk lebih unik seperti kripto.
  4. Perdagangan kecil. Anda selalunya boleh memilih saiz dagang dengan CFD, sekecil beberapa dollar sahaja. Perkara ini adalah mustahil dengan produk dasar sebenar, dimana saiz dagang minima boleh mencecah ribuan dollar. Contoh terbaik adalah minyak, dimana saiz lazim perjanjian masa hadapan adalan 1,000 tong, yakni ribuan dollar.
  5. Penggunaan manfaat. Dengan penggunaan manfaat yang bijak, anda boleh memperoleh hasil yang memberansangkan walaupun dengan pelaburan yang kecil. Katakan anda membeli CFD Apple dengan harga $100 di atas 10% margin atau 10x manfaat (contoh: anda bayar $10, baki daripada $100 adalah manfaat). Jika harga meningkat kepada $109, dan anda telah melaburkan $100 dalam saham sebenar, dan pulangan $9 diterjemahkan kepada $9/$100 = 9%.

Sukar dipercayai? Percayalah, semuanya benar, tetapi…

Manfaat merupakan perkara rumit yang boleh membawa kepada keuntungan dan juga menjurus kepada kerugian. Sebagai pedagang, anda harus ambil langkah berjaga-jaga.

Andai kata harga CFD Apple jatuh daripada $100 kepada $90, maka pelaburan asal anda yang bernilai $10 akan terus lupus dan anda akan mengalami kerugian 100%, bukannya 10%.

Panduan perdagangan CFD

1. Berlatih dengan akaun contoh

Sebelum memulakan perjalanan sebagai pedagang CFD, anda perlu berlatih menggunakan akaun contoh. Ini akan bantu anda membiasakan diri dengan suasana perdagangan. Apa yang berlaku di akaun contoh kemungkinan besar akan berlaku di akaun sebenar.

2. Buka akaun sebenar

Pembukaan akaun kini mudah dengan mana-mana broker CFD.

3. Jana akaun anda

Tapi jangan gunakan duit simpanan anda. Mulakan secara kecil-kecilan dan ingat bahawa anda berdagang menggunakan manfaat, jadi anda tidak perlu dana yang begitu besar. Anda boleh memasukkan wang ke dalam akaun anda menerusi kad kredit/debit, pindahan bank, atau dompet maya seperti PayPal.

4. Pilih aset anda dan tetapkan manfaat

Antara petua perdagangan CFD yang diperkatakan tadi: anda tidak perlu mengunakan manfaat sepenuhnya. Apabila memilih aset, pastikan anda jalankan kajian dan anda tidak membuat pesanan hanya sebab orang lain melakukannya. Ada CFD broker yang membenarkan penetapan manfaat secara sendiri, dan ada juga broker yang tidak membenarkannya dan anda perlu berdaganga dengan menfaat yang telah ditetapkan.

5. Mula berdagang, lakukan pesanan

Buat pesanan dengan memilih jenis order dan terma. Jangan lupa untuk tetapkan arahan henti-rugi, jika perlu.

6. Pantau perdagangan

Apabila pesanan telah dibuat, jangan lupa untuk pantau kedudukan dagang anda selalu.

Jenis pasaran dan aset

Kelebihan CFD adalah peluang untuk meneroka. Sama ada pasaran atau kelas aset, perdagangan CFD memberikan anda peluang untuk mencuba salah satu daripadanya. Antaranya adalah:

  • Saham tunggal
  • Forex
  • Kedudukan saham
  • Komoditi (besi, tenaga, dan lain-lain)
  • Bon
  • Pilihan
  • Kripto

Petua dagang CFD – Produk

Peluang untuk meneroka pasaran juga luas dengan CFD. Contohnya, pedagang Eropah boleh meneroka aset pendasar daripada seluruh dunia menerusi CFD, seperti saham Kanada dan kedudukan saham Asia.

Banding portfolio produk CFD

12 tip CFD yang akan membantu anda melabur dan bertahan di pasaran utama
Risiko perdagangan CFD

Perdagangan CFD mempunyai risiko tersendiri. Pada tahun 2016, FCA meramalkan yang 80% pedagang CFD akan mengalami kerugian. Ini bermaksud kurang daripada 1 dalam 5 pedagang akan memperoleh keuntungan menerusi perdagangan ini. Anda mungkin antara mereka yang bertuah, tapi kita harus berpijak di bumi nyata. Kemungkinan anda untuk mengalami kerugian adalah lebih tinggi daripada keuntungan. Selain mengikuti petua dagang CFD, anda juga harus berhati-hati kesulitan yang bakal dihadapi.

Petua dagang CFD – Risiko dan kesulitan

  • Manfaat. Perkara ini telah dibincang di atas..
  • Risiko rakan kongsi. Bila anda berdagang, kemungkinan besar anda akan melakukan perjanjian dengan seseorang/sesebuah syarikat mengenai transaksi masa hadapan. Apabila anda melakukan perjanjian, anda harus berwaspada kerana kemungkinan rakan kongsi anda tidak akan mengikuti perjanjian tersebut dan gagal untuk melunaskan bayaran anda.

Lihat jadual perbandingan broker

  • Penipuan. Salah satu sebab mengapa BrokerChooser dimulakan adalah untuk bantu anda membezakan yang palsu dan yang asli. Pasti anda pernah lihat iklan yang menawarkan keuntungan dan kekayaan selepas dua jam perdagangan. Selalunya, iklan yang berlebih-lebihan ini adalah penipuan yang nyata. Terdapat banyak penipu yang menyamar sebagai broker di luar sana. Oleh itu, pastikan anda mendaftar dengan broker yang sebenar. Boleh gunakan ulasan broker kami sebagai rujukan.
  • Harga sebaran tidak telus. Sebaran adalah perbezaan di anatara harga bidaan (harga yang anda jual) dengan harga permintaan. Ada broker yang tidak telus dalam menyatakan harga sebaran, dan mereka seperti tidak rasa bersalah mengenainya.
  • Panggilan margin. Ini adalah sesuatu yang anda tidak mahu berlaku kepada anda. Panggilan margin bermaksud nilai kedudukan dagang mengalami kejatuhan sehingga wang dalam akaun anda tidak mampu untuk menampung kerugian tersebut. Kembali kepada contoh Apple: anda membeli CFD Apple untuk $100 dan margin $10. Tiba-tiba, sesuatu berlaku kepada pasaran dan harga CFD jatuh $20 daripada $80, bermakna baki anda adalah $10 dengan tolakan margin kerugian $20 atau negatif $10. Inilah nilai yang anda perlu masukkan dalam akaun untuk menampung kerugian.
  • Kegelinciran. Kunci pelaksanaan perdagangan terletak pada masa. Walaupun dalam masa yang singkat, waktu itu telah mencukupi untuk menyebabkan perubahan harga. Kegelinciran adalah apabila pesanan dilaksanakan pada harga yang berbeza dengan harga yang dipaparkan kepada anda. Contohnya, jika anda ada $100 dalam akaun dan anda lakukan 4 perdagangan pada masa yang sama, setiap satunya memerlukan margin $25. Itu harga yang anda tahu. Tiba-tiba, harga meningkat kepada $26. Memandangkan anda cuma ada $100, maka anda tidak boleh berdagang dengan peningkatan harga ini.

12 tip CFD yang akan membantu anda melabur dan bertahan di pasaran utama
Berwaspada dan jaga keselamatan

Apa yang akan berlaku jika anda perdagangkan CFD dengan broker, dan broker tersebut dibubarkan? Walaupun perkara ini bukan berkait secara terus dengan perdagangan CFD, adalah penting untuk anda mengetahui jika anda dilindungi oleh skim perlindungan pelabur kebangsaan sepertu FSCS (Financial Services Compensation Scheme) di UK. Dengan CFD, anda memang dilindungi, jadi anda tidak perlu risau lagi.

Peraturan perdagangan CFD di peringkat antarabangsa adalah tidak selari. Secara amnya, perdagangan CFD dibenarkan di Eropah, tapi situasinya berbeza di negara lain. Contohnya, CFD telah diharamkan di US tetapi tidak di Kanada.

Di BrokerChooser, kami hanya menyarankan broker berkualiti. Jadi, anda tidak perlu risau mengenai broker yang kami paparkan di sini. Kesemua broker yang dipaparkan dikawal selia oleh pihak berkuasa kewangan terkemuka. Ada juga yang disenaraikan di bursa saham.

Tetapi, harus diingatkan bahawa sebesar dan semaju mana pun sesebuah broker, mereka masih terdedah kepada risiko kejatuhan, serti Lehman Brothers. Sebab itu anda perlu tahu dasar keselamatan dan apa yang akan berlaku kepada wang dalam akaun jika terjadi perkara yang tidak diinginkan. Pihak berkuasa tempatan di setiap negara telah menetapkan skim perlindungan pelabur bagi menghadapi situasi sebegitu.

Jumlah perlindungan pelabur berbeza mengikut negara. Selain itu, wang tunai dan dana keselamatan tidak mempunyai jumlah pelaburan yang sama. Oleh itu, adalah baik untuk semak apa yang layak untuk anda sebelum membuka akaun.

Anda boleh rujuk kepada jadual di bawah yang menunjukkan jumlah perlindungan untuk pelanggan 5 broker CFD terbaik.

  XTB City Index CMC Markets eToro ActivTrades
Jumlah perlindungan pelabur £85,000 untuk pelanggan UK; €20,000 untuk pelanggan di bawah CySec dan CNMV; €20,100 untuk pelanggan serata Eropah, tiada perlindungan untuk pelangan luar EU £85,000 untuk pelanggan di bawah FCA; tiada pelindungan pelaburan untuk pelanggan lain £85,000 untuk pelanggan di bawah FCA; $1,000,000 di bawah IIROC; tiada perlindungan di bawah kawal selia lain £85,000 untuk pelanggan di UK; €20,000 untuk pelanggan di luar UK £85,000 untuk pelanggan di bawah FCA; tiada perlindungan di bawan entiti Bahamas
Negara kawal selia UK, Poland, Cyprus, Spanyol, Belize UK, Australia, Singapura UK, Australia, Kanada, New Zealand, Singapura UK, Cyprus, Australia UK, Bahamas

Tidak pasti siapa yang kawal broker anda?

Saring broker berdasarkan perlindungan pelabur

12 tip CFD yang akan membantu anda melabur dan bertahan di pasaran utama
Petua dagang CFD – Kesimpulan

Petua dagang CFD yang kami berikan boleh membantu, hanya jika anda melakukan ‘kerja rumah’ anda sendiri. Pembelajaran yang berkesan adalah menerusi latihan. Tetapi, anda perlu sentiasa berwaspada. Jangan cuba berdagang selagi anda belum mahir melakukannya.

Akhir kata, kurangkan kerugian, bertenang, dan jangan melampaui batas. Berdagang adalah pengalaman yang mengujakan, dan CFD membenarkan anda meneroka pasaran yang tidak ditawarkan oleh perdagangan lain.

Jika anda berminat dengan perdagangan CFD tetapi tidak pasti broker mana yang terbaik pada tahun 2021, kami telah lakukan kesimpulan untuk memudahkan kerja anda.

  XTB City Index CMC Markets eToro ActivTrades
Markah keseluruhan 4.6 4.6 4.6 4.7 4.4
Anugerah Broker CFD tervaik Broker terbaik untuk kripto
Markah imbuhan

3.7

3.8 3.5 4.3 4.3
Markah pembukaan akaun 5.0 5.0 4.1 5.0 3.8
Markah deposit dan pengeluaran 4.5 4.3 4.8 3.5 4.5
 

Lawat broker

82% akaun runcit CFD mengalami kerugian

Lawat broker

75%akaun runcit CFD mengalami kerugian

Lawat broker

79% akaun runcit CFD mengalami kerugian

Lawat broker

75% akaun runcit CFD mengalami kerugian

Lawat broker

76% akaun runcit CFD mengalami kerugian

Masih tidak pasti? Dapatkan saranan peribadi.

Author of this article

Ádám Nasli

Mengenai ulasan ini

Adam merupakan pakar kewangan yang mempunyai lebih dua tahun pengalaman dalam bidang perbankan dan pelaburan. Dia juga memiliki ijazah professional dalam bidang ini. Dia amat berdedikasi dalam membantu pelanggan mendapatkan penyedia pelaburan yang sesuai di samping ingin menjadikan sektor pelaburan sebuah sektor yang telus.

Ádám Nasli

Pakar Broker

Adam merupakan pakar kewangan yang mempunyai lebih dua tahun pengalaman dalam bidang perbankan dan pelaburan. Dia juga memiliki ijazah professional dalam bidang ini. Dia amat berdedikasi dalam membantu pelanggan mendapatkan penyedia pelaburan yang sesuai di samping ingin menjadikan sektor pelaburan sebuah sektor yang telus.

Semua yang dipaparkan di BrokerChooser adalah berdasarkan data sahih dan maklumat yang tidak memenangkan mana-mana pihak. Kami menggabungkan lebih 10 tahun pengalaman dalam budang kewangan dengan maklum balas pembaca. Maklumat mengenai kaedah kami boleh dibaca di sini.

Share

Comments

×